Kamar Khas: Pertikaian Pangsapuri Atlantis Kota Syahbandar, Melaka

MALAYSIA
KAMAR KHAS
PARLIMEN KELIMA BELAS
PENGGAL KEDUA
MESYUARAT KEDUA
Rabu, 24 Mei 2023
Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang
DOA
[Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden (Alor Setar) mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pada bulan lepas saya telah menerima suatu aduan daripada seorang penduduk di kawasan saya, mengenai suatu kes yang telah dibawa oleh beliau ke Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPSZS/M-506.2022), yang berkaitan dengan Pangsapuri Atlantis Kota Syahbandar, Melaka.

Menurut beliau, kronologi isu ini, secara ringkasnya, adalah seperti berikut:

(i) Pada Januari 2021, Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMC) telah meluluskan pembayaran ex-gratia berjumlah RM42,930 kepada ejen pengurusan pangsapuri tersebut iaitu VPC Alliance (PJ) Sdn. Bhd. Pembayaran telah dibuat pada Februari 2021; dan

(ii) Pengadu tidak berpuas hati dan telah membuat aduan kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pada April 2022. COB MBMB telah menutup kes ini tanpa memberi maklum balas dan penjelasan kepada pihak pengadu.

Pada Jun 2022, pengadu telah memfailkan aduan di Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata. Pada 24 November 2022, Tribunal telah mengeluarkan perintah bahawa pembayaran ex-gratia berjumlah RM42,930 yang dibuat kepada agen pengurusan VPC Alliance adalah tidak sah dan terbatal kerana tidak dibuat dan/atau diluluskan seperti yang diperuntukkan oleh Akta Pengurusan Strata 2013 dan jumlah tersebut hendaklah dipulangkan semula ke akaun Perbadanan Pengurusan dalam masa 30 hari.

Pada 31 Disember 2022, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Perbadanan Pengurusan telah diadakan. Satu usul untuk memperbetulkan dan meluluskan pembayaran ex-gratia sebanyak RM42,930 tersebut telah diluluskan.

Pengadu berpendapat bahawa keputusan AGM ini dan kegagalan ejen pengurusan membayar balik ex-gratia RM42,930 seperti yang diperintahkan oleh tribunal adalah bertentangan dengan Akta Pengurusan Strata 2013. Menurut subseksyen 121(1) dan 121(2), keputusan tribunal hanya boleh dicabar melalui permohonan kepada Mahkamah Tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan isu ini telah berlarutan dengan agak lama, iaitu melebihi dua tahun, dan melibatkan pertikaian yang amat rumit, saya memohon pandangan dan penjelasan pihak kementerian mengenai isu ini.

Secara khususnya bagaimanakah isu ini dapat diselesaikan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada dan juga pada masa yang sama memelihara kepentingan pihak penduduk di pangsapuri tersebut. Sekian, terima kasih.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan [Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Kota Melaka.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut menerima aduan daripada pengadu berkenaan isu pembayaran ex-gratia sebanyak RM42,930.00 daripada Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Atlantis Kota Syahbandar selaku Pihak Penentang Pertama bagi kes TPSZS/M-0506-6/2022 kepada VPC Alliance (PJ) Sdn. Bhd. iaitu Pengurus Harta di Pangsapuri Atlantis Kota Syahbandar, Melaka.

Pengadu telah memfailkan kes ini ke Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata pada 19 Jun 2022 dan Tribunal telah mengeluarkan satu award yang memihak kepada Pengadu pada 24 November 2022. Presiden telah memutuskan pembayaran ex-gratia tersebut adalah tidak sah kerana tidak dibuat atau diluluskan mengikut Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757].

Untuk makluman Yang Berhormat, award yang dikeluarkan oleh Tribunal adalah muktamad dan mengikat semua pihak kepada prosiding tersebut. Award yang dikeluarkan adalah sebagai suatu Perintah Mahkamah dan boleh dikuatkuasakan dengan sewajarnya oleh kedua-dua pihak dalam prosiding tersebut. Award tersebut juga tidak boleh diketepikan kecuali dengan Perintah Mahkamah Tinggi setelah suatu semakan kehakiman dibuat melalui Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Yang Berhormat, kelulusan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Atlantis Ke-2 pada 31 Disember 2022 untuk meratifikasi pembayaran ex-gratia ini merupakan suatu perkara yang berlaku selepas tarikh award dikeluarkan oleh Tribunal dan adalah di luar kawalan Tribunal.

Untuk makluman Yang Berhormat, subseksyen 121(1) dan 121(2) [Akta 757] adalah peruntukan yang membolehkan pihak yang terkilan memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi mencabar award jika terdapat ketidakteraturan yang serius yang menjejaskan award.

Yang Berhormat, dalam isu ini, Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Atlantis Kota Syahbandar gagal untuk mematuhi award yang dikeluarkan oleh tribunal. Ketidakpatuhan (failure to comply with award) merupakan suatu kesalahan yang boleh menarik penalti jenayah sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 123 Akta 757 seperti berikut − Saya baca untuk rekod…

“Criminal penalty for failure to comply Section 123”.

Any person who fails to comply with an award made by the Tribunal commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or both, and in the case of a continuing offence, to a further fine of not exceeding five thousand ringgit for every day or part thereof during which the offence continues after conviction.”

Untuk makluman Yang Berhormat, mana-mana pihak yang ingkar mematuhi award tersebut melakukan suatu kesalahan jenayah. Pihak terkilan yang ingin menguatkuasakan award tersebut disebabkan keingkaran perlu menghantar salinan award ke tribunal dan pihak tribunal akan menghantar salinan award tersebut ke mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk direkodkan.

Salinan award tersebut akan dikembalikan kepada pihak terkilan untuk melaksanakan tindakan jenayah sebagaimana peruntukan seksyen 123 Akta 757. Bagi kes ini, Pengadu telah pun menghantar salinan award ke tribunal pada 8 Mei 2023. Sekian, terima kasih.