Kamar Khas: Percanggahan Projek Tambakan Laut di Pekan Klebang dengan Rancangan Fizikal Negara

MALAYSIA
KAMAR KHAS
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PENGGAL KELIMA
MESYUARAT PERTAMA
Rabu, 2 Mac 2022
Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang
DOA
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Percanggahan Projek Tambakan Laut di Pekan Klebang dengan Rancangan Fizikal Negara

Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, tajuk ucapan Kamar Khas pada petang ini adalah berbunyi ‘Percanggahan Percanggahan Projek Tambakan Laut di Pekan Klebang dengan Rancangan Fizikal Negara’. Tuan Yang diPertua, saya merujuk kepada Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bertarikh 4 Oktober 2021 untuk projek tambak laut seluas 300 ekar di Pekan Klebang, seksyen 1, Bandar XLIV, daerah Melaka Tengah, Melaka.

Perkara ini dibangkitkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana ia berkait dengan Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) dan Rancangan Fizikal Negara Ke-3 (RFN3). Secara khususnya, saya ingin membangkitkan tiga perkara iaitu;

Pertama, kelulusan daripada MPFN. RFN3 dengan jelas menyatakan dua syarat untuk kelulusan aktiviti penambakan iaitu:
(a) perancangan tersebut perlu dimasukkan ke dalam rancangan pembangunan negeri; dan
(b) aktiviti penambakan yang dicadangkan hendaklah dirujuk kepada MPFN sebelum diberi kelulusan. Boleh rujuk kepada muka surat 4-77.

Namun, dalam laporan EIA untuk projek tersebut, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Melaka menyatakan bahawa kelulusan daripada MPFN tidak diperlukan kerana projek tambakan laut telah ditandakan di dalam Rancangan Struktur Negeri (RSN).

Pandangan ini adalah kurang tepat kerana penandaan di dalam RSN hanya memenuhi syarat (a) di atas tetapi bukannya syarat (b) iaitu rujukan kepada MPFN. Rancangan Fizikal Negara tidak boleh dianggap sebagai kelulusan untuk projek tersebut kerana ia hanya menandakan zon tambakan secara am, bukannya menandakan atau meluluskan dengan spesifik lokasi tambakan dan aktiviti-aktiviti yang hendak dilaksanakan. Oleh itu, saya memohon penjelasan Menteri sama ada projek tersebut perlu diluluskan di peringkat MPFN sepertimana yang diwajibkan di bawah RFN3.

Kedua, keperluan dan sumbangan sosioekonomi. RFN3 menyatakan bahawa sebarang aktiviti penambakan dan tebus guna tanah tidak dibenarkan kecuali keperluan serta manfaat aktiviti tersebut dapat dibuktikan dengan jelas dalam memberi sumbangan sosioekonomi yang signifikan pada peringkat negeri dan negara. Sila rujuk muka surat 4-77 juga.

Laporan EIA tersebut tidak membuktikan dengan jelas sumbangan sosioekonomi dan manfaat kepada penduduk setempat. Berdasarkan pengalaman sedia ada, terdapat projek tambakan yang telah gagal sebelum ini seperti projek Melaka Gateway. Selain itu, bangunan-bangunan komersial yang dibangunkan di tanah tambakan sedia ada juga sedang menghadapi masalah kelangsungan.

Ketiga, impak alam sekitar. RFN3 menyatakan bahawa sebarang aktiviti penambakan dan tebus guna tidak harus menjejaskan alam sekitar secara signifikan. Projek tambakan ini akan memberi kesan yang serius terhadap alam sekitar khususnya daripada segi kawasan perikanan. Di kawasan persekitaran Klebang terdapat tumpahan minyak dan kapal yang terbengkalai.

Projek ini juga terlalu dekat dengan Pulau Upeh yang merupakan salah satu kawasan pendaratan penyu yang dilindungi di bawah RFN3. Kesimpulannya, cadangan projek ini telah melanggar peruntukan-peruntukan di dalam RFN3. Saya memohon penjelasan lanjut daripada Menteri mengenai isu-isu yang dibangkitkan, khususnya sama ada projek ini adalah selaras dengan RFN3 dan memerlukan kelulusan MPFN. Sekian, terima kasih.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah membentangkan Cadangan Konsep Pembangunan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (Melaka Waterfront Economic Zone-MWEZ) seluas 7,081.99 hektar untuk mendapatkan nasihat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-37 pada 6 Mei 2021. Projek tambakan laut di Pekan Klebang, seksyen 1, Bandar XLIV, daerah Melaka Tengah seluas 300 ekar turut termasuk sebagai sebahagian kawasan pembangunan tersebut.

MPFN Ke-37 telah memutuskan supaya permohonan MWEZ termasuk tambakan laut pekan klebang ditangguhkan sehingga beberapa perkara dikaji semula. Permohonan tersebut berbentuk konsep dan tiada perincian susun atur permohonan di bawah perenggan 2A(2)(b) Akta 172. Ia juga belum mempunyai Laporan Penilaian Impak Alam Sekeliling (EIA) mahupun Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA). Walau bagaimanapun, melalui sesi maklum balas minit semasa Mesyuarat MPFN Ke-38 pada 5 Julai 2021, MPFN telah bersetuju secara dasar ke atas cadangan pembangunan MWEZ ini dengan mengambil kira ulasan dan nasihat serta pandangan-pandangan dan perkara-perkara yang dibincangkan, antaranya:

(i) Cadangan projek MWEZ ini perlu mematuhi rancangan pembangunan dan pemajuan sedia ada iaitu Rancangan Fizikal Negara Ke-3 (RFN3), Rancangan Struktur Negeri Melaka 2035 dan Draf Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah 2035 (Penggantian);

(ii) Memastikan pembangunan MWEZ ini tidak menjejaskan zon penampan tapak warisan dunia dan merancang semula nisbah plot agar tidak menghalang visual ke arah laut dan ke tapak warisan dunia;

(iii) Memastikan pembangunan perdagangan, perumahan dan perindustrian memberi manfaat kepada pengusaha dan penduduk tempatan terutamanya kaum bumiputera;

(iv) Memulihara aset semula jadi persisiran pantai bagi memastikan pembangunan lestari;

(v) Memastikan cadangan susun atur terperinci bagi setiap fasa pembangunan (topside development) kelak dirujuk semula untuk nasihat MPFN sekiranya tertakluk di bawah subseksyen 22(2A) Akta 172; dan

(vi) Mengadakan rundingan dengan pihak-pihak berkepentingan serta mendapatkan kelulusan bagi laporan-laporan berkaitan, antaranya Laporan Penilaian Impak Alam Sekeliling (EIA), Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA), Analisa Risiko Marin (MRA), Fisheries Impact Assessment (FIA), Sewerage Development Plan (SDP), dan Hydrodynamic Study.

Rancangan Fizikal Negara Keempat (RFN4) yang telah diluluskan oleh MPFN Ke-39 (Bil. 3/2021) pada 21 Oktober 2021 jelas menyatakan aktiviti penambakan dan tebus guna tanah dibenarkan bagi dua jenis pembangunan, iaitu:

(i) pembangunan infrastruktur berkepentingan nasional seperti pelabuhan, lapangan terbang, empangan pantai dan stesen janakuasa; dan

(ii) pembangunan untuk keselamatan dan pembangunan sekuriti negara.

RFN4 melalui ‘Tindakan KD 2.2D: Mengawal Selia Aktiviti Penambakan dan Tebus Guna Tanah di Kawasan Persisiran Pantai’ telah mengenal pasti lokasi cadangan pembangunan ini yang terletak di Zon Pembangunan Persisiran Pantai. Aktiviti penambakan dan tebus guna tanah boleh dipertimbangkan di kawasan Zon Pembangunan Persisiran Pantai dengan syarat-syarat yang dinyatakan seperti di bawah. Tuan Yang di-Pertua saya ingat saya tidak perlu bacakan syarat-syarat ini dan kita bekalkan kepada ahli Yang Berhormat yang bertanya.

Projek tambakan ini juga terletak berhampiran Zon Pewartaan Perairan Pulau Upeh dan Pulau Besar. Zon ini merangkumi perairan di antara Tanjung Kling dan Merlimau seluas 364.47 km persegi. Ia yang merupakan salah satu daripada zon pewartaan perairan sebagai zon yang dilindungi seperti yang digariskan di bawah ‘Tindakan KD 2.1D: Mewujudkan Rangkaian Kawasan Perlindungan Marin yang Diurus Secara Mampan dan Bersepadu’.

Selain itu, berdasarkan kepada Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara Ke-2 yang merupakan pelan utama dalam perancangan dan kawal selia pembangunan di persisiran pantai, didapati Indeks Kerapuhan Persisiran Pantai Negara (NCVI) di kawasan ini berada di tahap 4 iaitu tinggi dan tahap 5 iaitu sangat tinggi. Aspek kawalan pembangunan perlu diambil kira iaitu:

(i) mengenakan syarat-syarat yang ketat dan memastikan pelan pengurusan di Kawasan KSASPP dipatuhi untuk menjamin pembangunan di kawasan ekosistem marin dilakukan secara mampan;

(ii) memastikan hanya pembangunan yang dibenarkan di dalam rancangan pemajuan boleh dilakukan di kawasan KSASPP;

(iii) memastikan pematuhan had anjakan pembangunan terkini yang disediakan oleh JPS di zon persisiran pantai; dan

(iv) menerapkan reka bentuk bangunan yang berdaya tahan dan bebas halangan.

Sekian, terima kasih.