Kamar Khas: Dasar Kerajaan Mengenai UEC

MALAYSIA
KAMAR KHAS
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PENGGAL KETIGA
MESYUARAT KETIGA
Selasa, 10 November 2020
Mesyuarat dimulakan pada pukul 12.00 tengah hari
DOA
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)
mempengerusikan Mesyuarat]

UCAPAN DI BAWAH USUL
BERKENAAN PERKARA TADBIR KERAJAAN (P.M. 17)

Dasar Kerajaan Mengenai UEC

Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]:  Tuan/Puan Yang di-Pertua, isu yang ingin saya utarakan hari ini ialah mengenai dasar kerajaan Perikatan Nasional terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu, ataupun yang lebih dikenali sebagai UEC.

Dalam sesi mesyuarat parlimen yang lepas, saya telah mengemukakan satu soalan jawab lisan mengenai perkara ini. Tujuan saya membawa isu ini ke Kamar Khas adalah untuk memberi sedikit respon terhadap jawapan yang telah diberikan, dan juga pada masa yang sama, meminta penjelasan lanjut daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Perkara pertama adalah mengenai laporan oleh Pasukan Petugas Dasar UEC (PPDUEC). Menurut jawapan yang diberi oleh KPM, jawatankuasa ini masih belum menyerahkan laporan UEC mereka kepada kerajaan, dan keanggotaan PPDUEC ini pula telah tamat secara automatik pada 29 Februari 2020. Oleh itu, KPM menyatakan tiada hasil kajian yang dapat diperhalusi dan diteliti.

Saya merujuk kepada kenyataan oleh En. Eddin Khoo, iaitu pengerusi kepada jawatankuasa PPDUEC. Pada 20 Julai 2020, beliau menyatakan bahawa laporan tersebut telah siap dan PPDUEC sedang menunggu masa untuk mengemukakannya kepada kerajaan. Pada 12 September 2020, beliau berkata laporan tersebut sedia untuk dikemukakan pada akhir September.

Maka saya memohon penjelasan mengenai perkara berikut:
• Adakah kerajaan sekarang, iaitu kerajaan Perikatan Nasional, mengiktiraf peranan PPDUEC?
• Apakah perancangan KPM terhadap PPDUEC dan laporan mereka? Adakah ia akan dibiarkan sahaja atau KPM telah menghubungi PPDUEC untuk mengemukakan laporan tersebut? Atau adakah En. Eddin Khoo telah menghubungi KPM mengenai perkara ini

Tuan/Puan Yang di-Pertua,

Perkara kedua yang ingin saya mohon penjelasan ialah mengenai dasar kerajaan Perikatan Nasional terhadap UEC. Secara khususnya, soalan saya ialah sama ada kerajaan bersetuju untuk mengiktiraf UEC sebagai syarat kemasukan ke IPTA.

Sebenarnya soalan ini telah saya bangkitkan dalam soalan jawab lisan saya pada sesi mesyuarat yang lepas. Tetapi, bahagian tersebut tidak dijawab.

Soalan yang sama telah ditanya oleh beberapa ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara, iaitu oleh: YB Cha Chee Kin (Ahli Parlimen Rasah) pada 27 Julai, YB Senator Raj Munni pada 22 September 2020, dan YB Senator Prof Emeritus Ibrahim Shah pada 8 September 2020.

Kesemua ahli parlimen ini, termasuk saya, bertanya mengenai dasar kerajaan dalam pengiktirafan UEC. Tetapi, jawapan yang diberikan oleh KPM ialah jawapan yang sama, iaitu hanya mengenai PPDUEC dan tidak menyatakan kedudukan kerajaan dalam isu ini.

Maka saya ingin menjelaskan bahawa soalan ini tidak berkaitan dengan PPDUEC. Tetapi, kami ingin mengetahui dengan jelas apakah dasar dan kedudukan kerajaan sekarang terhadap pengiktirafan UEC. Saya memohon kerjasama KPM untuk menjawab soalan ini secara khusus.

Terima kasih.

Timbalan Menteri Pendidikan II [Tuan Muslimin bin Yahaya]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, selamat tengah hari. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kota Melaka dan KPM ingin memberi penjelasan kepada perkara yang dibangkitkan itu iaitu dasar kerajaan mengenai UEC.

Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sangat menghormati hasrat penubuhan Pasukan Petugas Dasar Unified Examination Certificate (PPDUEC) oleh kerajaan terdahulu dan pelantikan serta mandat yang diberikan kepada anggota PPDUEC dalam usaha untuk merungkai isu pengiktirafan sijil UEC sebagai syarat am kelayakan untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), isu pengiktirafan universiti ini merupakan satu daripada janji dalam manifesto Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum yang ke-14 yang lalu.

KPM juga mengambil maklum akan proses libat urus yang telah dilakukan oleh anggota PPDUEC sebagai satu Jawatankuasa Khas yang bebas dalam mengumpul maklumat dan pandangan daripada pelbagai pemegang taruh dalam pendidikan mengenai isu UEC seperti tokoh pendidikan, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan, universiti awam dan swasta, agensi kerajaan dan parti politik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa menghubungi anggota PPDUEC daripada semasa ke semasa khususnya Encik Eddin Khoo Bu Eng, Pengerusi PPDUEC untuk mengetahui perkembangan dan status kemajuan laporan ini walaupun keanggotaan PPDUEC telah pun tamat secara automatik pada 29 Februari 2020 sebagaimana Yang Berhormat nyatakan tadi.

Pihak KPM juga telah dimaklumkan oleh Pengerusi PPDUEC bahawa draf akhir laporan tersebut telah disediakan. Menghormati kewibawaan anggota PPDUEC dan menyedari bahawa isu mengenai PPDUEC adalah suatu isu yang rumit dan sensitif di kalangan rakyat Malaysia yang telah pun berlarutan selama hampir 45 tahun, KPM tidak pernah mendesak supaya penyediaan laporan tersebut dipercepatkan.

Hal ini bagi mengelakkan isu mengenai UEC menjadi bahan perdebatan dalam kalangan khalayak umum. Walau bagaimanapun, isu mengenai pengiktirafan UEC dihangatkan kembali oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati proses penyediaan laporan ini pada bulan Julai 2020 melalui media massa dan media sosial.

Sebagai contoh yang pertama Tuan Yang di-Pertua, laporan media massa dan media sosial mengenai kenyataan pemimpin Persekutuan Persatuan Cina Malaysia Hua Zong menyatakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mengiktiraf sijil UEC dalam pertemuan mereka dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 16 Julai 2020.

Kedua, laporan portal berita pada talian Malaysiakini yang menyatakan bahawa, “PMO: Muhyiddin tidak kata akan iktiraf UEC” bertarikh 19 Julai 2020 dan yang ketiga berkaitan kenyataan media mengenai isu pengiktirafan UEC oleh Pejabat Perdana Menteri bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak menyatakan akan mengiktiraf UEC bertarikh pada 19 Julai 2020.

Selain itu Pengerusi PPDUEC juga telah muncul dan ditemu bual oleh pihak Astro Awani dalam Rancangan Consider This, di bawah tajuk, “UEC – Hurdles To Recognition”. Inti pati rancangan tersebut adalah mendapatkan pandangan beliau mengenai proses penyediaan laporan dan cadangan yang dikemukakan.

Bagi mendapatkan penjelasan hal berbangkit mengenai UEC serta status kemajuan laporan PPDUEC, pihak pengurusan tertinggi KPM (Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia) telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi PPDUEC pada 28 Julai 2020. Dalam pertemuan tersebut, pihak KPM sekali lagi dimaklumkan bahawa laporan PPDUEC telah tersedia.

Namun, laporan ini yang ditulis oleh Pengerusi PPDUEC secara keseluruhannya, masih memerlukan penambahan maklumat bagi memperjelaskan beberapa perkara berbangkit mengenai UEC secara tuntas. Antaranya adalah mengkaji isu mengenai UEC dari sudut perundangan. Semua anggota PPDUEC juga telah bersetuju dan menetapkan pendirian atas beberapa perkara utama yang dibincangkan dalam laporan ini secara konsensus. Hal ini amat penting bagi menentusahkan syorsyor yang dikemukakan serta mengelakkan pertembungan pendapat antara anggota PPDUEC pada masa hadapan. Untuk itu, Jawatankuasa Khas ini akan mengadakan pertemuan antara mereka dalam masa terdekat.

Pada 17 Ogos 2020, pihak KPM telah dimohon untuk menguruskan pertemuan antara anggota PPDUEC bagi melihat kerangka laporan PPDUEC dan memperjelaskan beberapa perkara berbangkit mengenai UEC secara komprehensif. Malangnya, pertemuan ini terpaksa ditangguhkan akibat keadaan kesihatan Pengerusi PPDUEC yang tidak mengizinkan selepas pulang daripada urusan rasmi di Sabah. Pihak hospital telah menasihatkan beliau agar kekal di rumah untuk menjalani kuarantin memandangkan berkaitan dengan wabak Covid-19 kini.

Pada 17 September 2020, PPDUEC telah mengadakan pertemuan untuk membuat semakan ke atas kerangka laporan dan bersetuju untuk memberikan maklum balas atas beberapa perkara yang masih dianggap tidak jelas. Anggota PPDUEC, iaitu Encik Mohamad Raimi Ab Rahim dan Datuk Tan Yew Sing telah dimohon memberikan maklum balas atau maklumat dan pandangan akhir secara bertulis. Maklum balas mereka akan diselaraskan semula dan dimasukkan ke dalam draf akhir laporan PPDUEC oleh Pengerusi PPDUEC.

Susulan daripada itu, anggota PPDUEC kemudiannya akan mengadakan pertemuan kali kedua untuk memuktamadkan kandungan laporan. Tarikh perbincangan akhir ini akan ditetapkan oleh anggota PPDUEC dan belum dimaklumkan lagi kepada pihak KPM. Laporan yang telah diperkemaskan ini nanti kemudiannya akan diserahkan kepada pihak KPM.

Selepas 17 September 2020, pihak KPM juga telah dihubungi oleh anggota PPDUEC untuk mendapatkan maklumat lanjut dan dokumen berkaitan hal-hal yang bersangkutan dengan UEC. Dokumen yang dimohon telah dibekalkan oleh KPM kepada anggota PPDUEC bagi melancarkan proses penyediaan laporan tersebut. Pihak KPM belum lagi dimaklumkan mengenai tarikh perbincangan akhir akan diadakan untuk membantu PPDUEC dari segi keurusetiaan sesi perbincangan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini KPM tidak pernah menerima sebarang laporan awal, draf laporan atau laporan lengkap daripada PPDUEC, sepertimana yang ditetapkan semasa pelantikan dibuat. Oleh yang demikian, tiada sebarang hasil kajian dapat diperhalusi dan diteliti oleh KPM. KPM akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap laporan tersebut sekiranya ia diserahkan kepada KPM.

Sehingga kini juga, kerajaan dan KPM kekal tidak mengiktiraf UEC. UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa hadapan.

Terima kasih, Tuan Yang diPertua.