KOTA MELAKA, 9 SEPTEMBER 2020 – Program Food Bank Kota Melaka merupakan sebuah medium bagi memperkasakan masyarakat.
Program ini juga bukan sekadar membantu golongan yang tidak berkemampuan namun turut menggalakkan penyertaan orang ramai bagi turut serta membantu.
Pada fasa 1 Food Bank Kota Melaka, hampir 100 orang sukarelawan telah turut sama menjayakan program ini.
Sepanjang fasa 1 Food Bank Kota Melaka berlangsung, bantuan daripada sukarelawan-sukarelawan yang terdiri daripada penduduk sekitar Parlimen Kota Melaka telah melancarkan perlaksanaan program ini melalui permohonan dan lawatan rumah keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan.
Selain itu, sumbangan juga turut disumbangkan melalui tajaan produk makanan daripada pengusaha-pengusaha tempatan dan peniaga-peniaga kecil di sekitar Parlimen Kota Melaka.
Kerjasama daripada masyarakat umum ini amat penting bagi memastikan pemerkasaan masyarakat dapat dijalankan serta membina sebuah masyarakat yang prihatin, muafakat dan hormat-menghormati.
“Saya sentiasa menggalakkan kerjasama daripada orang ramai terutama sekali penduduk setempat bagi turut sama membantu pembangunan masyarakat di Parlimen Kota Melaka” kata Poay Tiong.
Poay Tiong juga turut berkata, masyarakat yang lebih baik hanya akan dapat dibangunkan dengan penglibatan lebih ramai penduduk tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.
Semoga program ini dapat diteruskan untuk jangka masa panjang, demi kebaikan warga Kota Melaka.
Maklumat lanjut: www.kotamelaka.com/foodbank
Sertai sebagai sukarelawan: www.kotamelaka.com/komuniti

