Bantuan Kecemasan Makanan

Perintah kawalan pergerakan telah berlangsung lebih dua minggu. Sepanjang masa ini saya paling risau mengenai keluarga-keluarga yang mungkin terputus bekalan makanan.

Wabak Covid-19 ini telah menjejaskan pendapatan ramai orang. Khasnya, pekerja yang bergaji harian. Ramai yang kais pagi makan pagi. Perintah kawalan ini menyebabkan mereka tidak mampu membeli makanan untuk keluarga.

Pejabat saya telah menyusun beberapa langkah kecemasan untuk membantu. Kita membeli barang keperluan asas seperti beras, minyak, dan biskut. Ada juga yang diderma oleh pihak korporat dan individu.

Masalah seterusnya ialah bagaimana hendak menyalurkan barang-barang ini kepada mereka yang berkeperluan ini. Kerana kita juga mahu mengurangkan pergerakan dan amalkan penjarakkan sosial.

Kita ambil pelbagai pendekatan.

Di beberapa tempat, kita beli barangan dari kedai runcit setempat. Kemudian kita minta penerima pergi ke kedai runcit tersebut dan ambil sendiri barangan.

Untuk warga emas atau OKU yang tidak dapat keluar pula, pasukan saya akan hantar ke rumah. Tetapi hanya 1-2 orang yang pergi hantar. Mereka kena pakai mask dan glove. Letak barang di luar, call untuk bagitau, dan kemudian beredar.

Ini penting untuk kurangkan kontak sosial.

Buat masa ini pejabat saya telah dapat bantu lebih kurang 200 keluarga di kawasan Kota Melaka. Saya mohon maaf kerana tidak dapat bantu semua. Setakat ini saya gunakan dana peribadi yang terhad. Fokus saya sekarang ialah kepada mereka yang betul-betul dalam kecemasan dahulu, iaitu mereka yang tiada makanan langsung.

Dalam minggu akan datang, kita akan cuba bantu lebih ramai keluarga. Selepas tamatnya perintah kawalan ini berakhir pula, saya sudah merancang beberapa program yang dapat membantu warga Kota Melaka dengan lebih menyeluruh.

Kita sama-sama harungi cabaran ini dan bangkit semula!

Khoo Poay Tiong
Ahli Parlimen Kota Melaka

紧急粮食援助

行动限制令已经进入第3个星期,过去2个星期我一直非常担心的是一些家庭可能会断食。

新冠肺炎疫情影响了许多人的收入,特别是打散工的人士,可说是手停口停,这一次的限制令导致他们没有能力为家人购买食物。

我的办公室安排了几项应对措施,协助有需要的人士,包括购买日常用品及食材,包括米、油及饼干等,一些企业及人士也慷慨解囊,纷纷赞助。

另一个问题是该如何移交这些物品给有需要人士?因为我们必须减少外出及维持社交距离。

我们采取了邻里/社区制度。

在数个地方,我们向当地的杂货店购买物品,然后要求受惠者亲自到有关杂货店索取。

至于无法出门的乐龄人士或者残疾人士,我的团队就会送到府上,但也只限定1或2人送,他们也必须戴上口罩及手套,把物品放在家门前,然后在交代屋主出来领取。

这非常重要,因为必须减少接触。

现阶段,我的办公室已经协助了至少200户居住在马六甲市区国会选区范围的人家。 我向大家道歉,因为无法协助所有人,目前我是动用本身的薪水来提供协助。我专注于那些在这个时段真正没有能力购买食物的人士或家庭。

接下来2个星期,我们将竭尽所能,协助更多家庭。一旦行动限制令结束,我将会安排数项计划,以全面性第协助马六甲市区国会的人民。

我们一起面对这个挑战,必定能战胜!

邱培栋
马六甲市区国会议员