Pertanyaan: Jumlah pengundi-pengundi baru yang telah didaftarkan pada setiap suku untuk tahun 2018 dan 2019 mengikut pecahan negeri, dan adakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membenarkan semula pelantikan wakil-wakil parti politik sebagai penolong pegawai pendaftar (ARO)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS,
MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

TARIKH : 1 JULAI 2019

SOALAN : 47

Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pengundi-pengundi baru yang telah didaftarkan pada setiap suku untuk tahun 2018 dan 2019 mengikut pecahan negeri, dan adakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membenarkan semula pelantikan wakil-wakil parti politik sebagai penolong pegawai pendaftar (ARO).

JAWAPAN: YB DATUK LIEW VUI KEONG
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara keseluruhannya jumlah pendaftaran baharu bagi tahun 2018 adalah sebanyak 216,705 orang pemilih manakala jumlah pendaftaran baharu bagi tahun 2019 iaitu dari 1 Januari 2019 hingga 31 Mac 2019 adalah sebanyak 26,136 orang pemilih.

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diperuntukkan kuasa di bawah Seksyen 8(1)(e) Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19) untuk melantik apa-apa bilangan Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) yang difikirkan perlu untuk membantu SPR dalam melaksanakan urusan pendaftaran pemilih. Pada masa kini, terdapat 5 kategori PPP yang ditetapkan oleh SPR iaitu wakil jabatan, wakil pertubuhan bukan Kerajaan, wakil universiti, wakil pelajar dan wakil swasta.

Selain itu, SPR juga telah bersetuju untuk membenarkan semula pelantikan PPP (Wakil Parti Politik) bagi melaksanakan urusan pendaftaran pemilih. Berhubung dengan perkara ini, SPR sedang mengemas kini dan memperkemaskan Standard Operating Procedures sedia ada sebelum pelantikan tersebut dapat dilaksanakan kelak. Pemakluman mengenai keputusan pelantikan ini akan dibuat kepada semua parti politik yang berdaftar secara bertulis dalam tempoh terdekat.