Penduduk Kota Laksamana: Adly, Ketua Menteri yang Luar Biasa!

TENGKERA, 17 JAN – Penduduk-penduduk di Rumah Pangsa Tengkera dan Gajah Berang berasa terkejut dan terharu dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka YAB Adly Zahari sempena ziarah Tahun Baru Cina pagi tadi.

Beliau yang turut diiringi oleh Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Khoo Poay Tiong, Exco Kesihatan, Antidadah dan Perpaduan, Low Chee Leong serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Mansor Sudin.

Secara keseluruhannya terdapat 168 penduduk di kedua-dua rumah pangsa ini iaitu seramai 56 penduduk di Rumah Pangsa Tengkera manakala 112 pula di Rumah Pangsa Gajah Berang.

Ramai penduduk berasa gembira dan teruja sempena lawatan Ketua Menteri Melaka,YAB Adly Zahari sehinggakan ada yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk bertemu dengan Ketua Menteri sendiri.

Wakil penduduk memberitahu bahawa selama bedekad mereka menetap di rumah pangsa tersebut, tidak pernah ada mana-mana Ketua Menteri yang menziarahi mereka apatah lagi meraikan Tahun Baru Cina bersama-sama dengan mereka.

Adly menyerahkan sumbangan makanan dan kad ucapan Tahun Baru Cina kepada penduduk warga emas.

Adly Zahari turut menyerahkan sumbangan makanan sempena sambutan Tahun Baru Cina serta menampal dekorasi Tahun Baru Cina di beberapa rumah sebagai salah satu usaha bagi memerangi api perkauman.

Adly Zahari menampal perhiasan Tahun Baru Cina di rumah salah satu penduduk.

Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Khoo Poay Tiong berkata Tuan Adly Zahari merupakan seorang pemimpin yang amat mesra rakyat dan meraikan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia.

Kata Khoo Poay Tiong lagi matlamat utama program ziarah ini adalah bagi mendengar sendiri keluh kesah penduduk serta bagi memastikan mereka dapat merasai sendiri semangat perayaan ini.

Tambah Khoo Poay Tiong lagi, beliau amat berharap aktiviti seperti ini dapat terus dilaksanakan pada sambutan-sambutan perayaan lain dan bukan hanya Hari Raya Cina sahaja supaya dapat merapatkan hubungan antara rakyat dengan pemimpin.

Persembahan Tarian Naga turut diadakan bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina.
Adly Zahari menaiki beca menuju ke Pangsapuri Gajah Berang dari Pangsapuri Tengkera.
Adly Zahari (duduk paling kiri) menikmati kuih raya yang dibuat oleh penduduk bersama-sama dengan Low Chee Leong, Khoo Poay Tiong dan Mansor Sudin.
Seusai tiba ke rumah penduduk, Adly Zahari berbual-bual bersama penduduk sambil menjamah kuih raya yang dimasak oleh tuan rumah.