Berita baik untuk semua, sempena Tahun Baru Cina yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka menganjurkan program e-Angpao Kota Melaka.
E-Angpao yang bernilai RM 30 setiap satu ini akan diberikan kepada 100 penduduk di Kota Melaka melalui e-dompet.
Inisiatif ini dijalankan sempena sambutan Tahun baru Cina dan juga untuk menyokong dasar kerajaan menggalakkan penggunaan e-wallet di kalangan rakyat Malaysia.
Cara-cara penyertaan adalah seperti berikut:
(1) Like page Facebook Khoo Poay Tiong (邱培栋) . Like dan share video e-AngPao Kota Melaka.
(2) Lengkapkan ayat berikut “saya suka e-wallet kerana…/I like e-wallet because…/我喜欢电子钱包因为…/எனக்கு மின்னியல் பணப்பை பயனீடு பிடிக்க காரணம் …”
dan post di ruangan komen video ini. Tarikh tutup penyertaan: 21 January 2020.
(3) Seratus komen yang paling menarik akan dipilih sebagai penerima e-AngPao Kota Melaka.
(4) Penerima yang dipilih akan diumumkan pada 24 January 2020 melalui page Facebook Khoo Poay Tiong (邱培栋) dan melalui PM.
(5) Pengesahan akan dijalankan untuk memastikan semua terma dan syarat dipenuhi. Kelayakan penerima akan terbatal jika syarat-syarat tidak dipenuhi.
(6) e-AngPao RM30 akan dihantar ke e-wallet anda selepas pengesahan berjaya. Gong Xi Fa Cai!
Terma & Syarat:
(1) Syarat kelayakan:
– Warganegara Malaysia dengan kad pengenalan sah
– 18 tahun ke atas dalam tahun 2020
– Penduduk di kawasan parlimen Kota Melaka (berdasarkan alamat di Kad Pengenalan)
(2) Jika terpilih, penerima perlu menghantar gambar kad pengenalan atau datang ke pejabat untuk pengesahan alamat di Kad Pengenalan.
(3) Kelayakan akan terbatal jika penerima tidak melengkapkan pengesahan sebelum masa yang ditetapkan.
(4) Kelayakan akan terbatal jika penerima tidak memenuhi semua syarat atau penerima tidak like dan share video tersebut.
(5) Setiap orang hanya boleh membuat satu komen dan layak menerima satu e-AngPao sahaja.
(6) e-AngPao akan dihantar ke e-wallet Touch ‘n Go, Boost, atau GrabPay sahaja.
(7) Sebarang keputusan penganjur adalah muktamad.
Apa tunggu lagi, ayuh segera sertai & dapatkan angpau Tahun Baru Cina anda semua sebelum 21 Januari 2020! Gong Xi Fa Cai!


