Sebanyak RM 3,000 peruntukan diberikan kepada Surau Al-Amin, Taman Limbongan Permai bagi kerja-kerja menaik taraf infrastruktur di surau tersebut.
Penyerahan cek bernilai RM 3,000 diserahkan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka oleh pegawai kebajikan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka, Encik Hairil Anuar yang mewakili YB Khoo Poay Tiong.
YB Khoo Poay Tiong memaklumkan bahawa sepanjang tahun 2019 sebanyak RM659,087 telah dibelanjakan bagi hal ehwal agama dan kebudayaan termasuklah urusan-urusan yang berkaitan dengan naik taraf rumah-rumah ibadat.
“Kita akan meneruskan usaha bagi memelihara hal ehwal agama dan kebudayaan dengan memastikan tempat-tempat ibadat semua agama berada dalam keadaan yang baik serta selesa untuk digunakan oleh semua” kata YB Khoo.
Peruntukan RM 3,000 ini adalah bagi menaik taraf tandas-tandas di Surau Al-Amin supaya lebih mesra orang kurang upaya (OKU).

