Pertanyaan: Permohonan pendaftaran persatuan-persatuan penganut rumah ibadat bukan Islam

PERTANYAAN : JAWAB LISAN
DARIPADA : YB TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan permohonan pendaftaran persatuan-persatuan penganut rumah ibadat bukan Islam sehingga bulan Mei 2024, jumlah permohonan yang telah diluluskan dan sebab-sebab kelewatan kelulusan permohonan yang lain.

JAWAPAN

Tuan Yang di Pertua,

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bertanggungjawab untuk mendaftarkan persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO), politik dan faedah bersama di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832). Terdapat sebelas kategori utama pertubuhan dan antaranya adalah pertubuhan kategori keagamaan.

Sehingga 31 Mei 2024, jumlah keseluruhan permohonan pendaftaran yang diterima JPPM bagi pertubuhan keagamaan adalah berjumlah 12,296. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besar permohonan telah diberikan keputusan sewajarnya manakala 193 atau 1.6 peratus lagi permohonan masih dalam tindakan Jabatan ini. Berdasarkan rekod, JPPM telah mendaftarkan sebanyak 5,890 pertubuhan kategori keagamaan.

JPPM sebagai sebuah badan yang mengawal selia pertubuhan berdaftar telah menguatkuasakan pengesahan tapisan keselamatan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tapisan kebankrapan melalui Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) ke atas setiap ahli jawatankuasa penaja (protem) bagi mana-mana pertubuhan yang dikehendaki termasuk di bawah kategori keagamaan.

Penetapan ini merupakan salah satu asas penilaian yang perlu diteliti secara berhati-hati dalam mempertimbang dan meluluskan sesuatu permohonan pendaftaran tersebut termasuk membuat semakan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya perlu. Oleh yang demikian, proses permohonan pendaftaran sesuatu pertubuhan yang lengkap perlu mengambil kira tempoh untuk mendapatkan maklum balas atau ulasan dari Jabatan/Agensi yang berkaitan sebelum sesuatu keputusan dikeluarkan.

Langkah-langkah ini merupakan usaha Kerajaan bagi memastikan pendaftaran sesebuah pertubuhan adalah teratur dan memenuhi kehendak Akta Pertubuhan 1966 serta sebagai kawalan ke atas pertubuhan yang berisiko yang boleh mengancam keamanan, keselamatan, dan ketenteraman awam di Malaysia.

Sekian, terima kasih.