Pertanyaan: Pencen Pesara Kerajaan

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : Y.B. TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pencen yang diterima oleh para pesara Kerajaan bakal diselaraskan ekoran pengumuman semakan gaji penjawat awam baru-baru ini. Ramai pesara Kerajaan gusar mengenai kedudukan mereka.

JAWAPAN

YB DR. ZALIHA BINTI MUSTAFA,
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(WILAYAH PERSEKUTUAN)

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara dasarnya, pencen yang diterima oleh pesara dan penerima pencen akan diselaraskan mengikut peruntukan Seksyen 3 Akta Penyelarasan Pencen 1980 [Akta 238]. Seksyen ini memperuntukkan bahawa pencen atau elaun persaraan seseorang pegawai hendaklah diselaraskan sekiranya terdapat semakan gaji kepada pegawai awam yang sedang berkhidmat. Justeru, bayaran pencen juga akan diselaraskan, selari dengan semakan gaji pegawai awam dalam Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).