Pertanyaan: Pengambilan guru baharu dan punca-punca utama persaraan guru

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :
(a) jumlah pengambilan guru baharu mengikut aliran; dan
(b) jumlah guru yang telah bersara pilihan sejak 3 tahun kebelakangan ini serta punca-punca utama persaraan mereka (dalam peratusan).

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Urusan pengambilan guru dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) berdasarkan kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran yang diperlukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KPM sentiasa memastikan keperluan guru mengikut opsyen mata pelajaran mencukupi bagi memastikan setiap murid dapat menjalani proses pembelajaran yang optimum.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2023, KPM telah berjaya melantik guru baharu seramai seramai 20,171 orang secara lantikan tetap dan Contract of Service (CoS). Ini merupakan pencapaian pelantikan tertinggi pernah dicapai oleh KPM yang dilaksanakan dalam tempoh masa setahun.

Bagi tahun 2024, urusan pengambilan guru baharu telah bermula iaitu SPP telah mengeluarkan iklan pengambilan guru baharu pada 1 hingga 26 April 2024. SPP sedang melaksanakan tapisan ke atas permohonan yang telah diterima dan urusan temu duga dijangka akan bermula pada pertengahan bulan Julai 2024.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, berdasarkan rekod KPM, jumlah guru yang diluluskan bersara pilihan sejak tiga (3) tahun kebelakang adalah di antara 4,300 hingga 6,300 orang. Faktor utama yang menyumbang kepada persaraan pilihan sendiri guru adalah disebabkan oleh tidak berminat iaitu sebanyak 72.36%, diikuti oleh faktor keluarga sebanyak 15.21%, faktor kesihatan sebanyak 6.96%, faktor beban tugas sebanyak 3.82% dan faktor masalah peribadi sebanyak 1.64%.

Sekian, terima kasih.