Pertanyaan: Masalah kekurangan pakar pembedahan kardiotoraks

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG (KOTA MELAKA)

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG (KOTA MELAKA) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk mengatasi masalah kekurangan pakar pembedahan kardiotoraks bagi mengatasi masalah masa menunggu yang lama bagi pesakit yang memerlukan pembedahan tersebut.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah kekurangan pakar Pembedahan Kardiotorasik. Antara langkah-langkah yang diambil adalah dengan memperkenal latihan kepakaran melalui Latihan Kepakaran Laluan Parallel pada tahun 2014. Seterusnya pada tahun 2020 UiTM telah mewujudkan Sarjana Perubatan Pembedahan Kardiotorasik. Inisiatif ini adalah bagi meningkatkan jumlah pakar Pembedahan Kardiotorasik.

2. Kementerian Kesihatan sentiasa menambah baik untuk memperluas perkhidmatan kepakaran di fasiliti Kerajaan kepada rakyat Malaysia termasuklah kepakaran Pembedahan Kardiotorasik. Antara inisiatif yang dilaksanakan daripada aspek latihan bagi meningkatkan bilangan Pakar Perubatan dalam pelbagai bidang klinikal secara keseluruhan di seluruh negara ialah:

(a) meningkatkan slot tajaan Hadiah Latihan Persekutuan daripada 1,500 slot setiap tahun kepada 1,650 slot pengajian bagi sesi tahun 2024/ 2025 untuk menggalakkan lebih ramai Pegawai Perubatan melanjutkan pengajian dalam Program Sarjana Perubatan;

(b) meningkatkan peluang latihan kepakaran perubatan supaya lebih ramai doktor pakar dihasilkan melalui Latihan Kepakaran Laluan Parallel di Kementerian Kesihatan yang menawarkan 600 slot tajaan;

3. Pada masa ini, terdapat seramai 17 pakar Pembedahan Kardiotorasik yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan. Manakala, terdapat seramai 23 pelatih (16 Latihan Kepakaran Laluan Parallel dan 7 Program Sarjana Perubatan UiTM) yang sedang mengikuti latihan kepakaran Pembedahan Kardiotorasik ini.

Sekian, terima kasih.