Pertanyaan: Apakah pencapaian Pelan Induk Perkapalan Malaysia 2017-2022 dan usaha selanjutnya

PERTANYAAN : LISAN – PM22(5)

DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]

TARIKH : 25 MAC 2024 (ISNIN)

SOALAN
Tuan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:

1. apakah pencapaian Pelan Induk Perkapalan Malaysia 2017-2022;

dan

2. apakah pelan atau usaha lanjut kerajaan untuk memajukan industri maritim Malaysia.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

  1. Kerajaan Malaysia telah membangunkan Pelan Induk Perkapalan Malaysia (MSMP) untuk memperkasakan industri Perkapalan Malaysia dan seterusnya dapat meningkatkan sumbangan industri ini kepada ekonomi negara. MSMP bertujuan untuk mencapai objektif utama berikut:

1.1  Meningkatkan Daya Saing Perkapalan Malaysia: Meningkatkan penyertaan kapal bendera Malaysia dalam perdagangan domestik dan antarabangsa, meningkatkan daya saing industri dan mengurangkan kebergantungan kepada kapal bendera asing;

1.2  Membangunkan Modal Insan Maritim: Mengatasi kekurangan pekerja laut yang mahir dengan memperluaskan program pendidikan dan latihan maritim, memastikan kelestarian bekalan kakitangan yang berkelayakan untuk memenuhi keperluan masa depan industri ini;

1.3 Mempromosikan Pembiayaan Kapal: Memudahkan akses kepada pembiayaan yang berpatutan bagi pemilik kapal Malaysia, membolehkan mereka melabur dalam sektor perkapalan dan teknologi baru dan bersaing secara efektif di pasaran maritim global;

1.4 Menyelaraskan Kerangka Peraturan: Meningkatkan kecekapan dan ketelusan kerangka peraturan untuk industri maritim, mengurangkan beban pentadbiran dan menyuburkan persekitaran perniagaan yang kondusif; dan

1.5 Membangunkan Perkhidmatan Sokongan/ Tambahan: Menyokong pembangunan perkhidmatan sokongan/ tambahan seperti logistik maritim dan insurans marin, untuk memberikan sokongan menyeluruh kepada industri penghantaran dan meningkatkan daya saingnya secara keseluruhan.

  1. National Shipping and Port Council (NSPC) ditubuhkan bagi

melaksanakan inisiatif-inisiatif yang telah dikenalpasti di bawah MSMP.

NSPC merupakan satu platform perbincangan di antara agensi-agensi

Kerajaan dan pihak industri perkapalan maritim dalam menilai dan

menggubal dasar serta inisiatif-inisiatif bagi sektor pengangkutan

maritim yang merangkumi perkapalan, hal ehwal pelaut, pelabuhan

serta industri hiliran maritim. Selain itu juga, platform ini akan

membolehkan isu-isu dasar dan perancangan industri maritim dapat

dibincangkan secara holistik dan komprehensif serta keputusan

mengenainya dibuat secara kolektif.

3.Dalam hubungan ini, enam (6) Jawatankuasa Penasihat (Advisory

Committee – AC) NSPC telah dibentuk bagi menggerakkan pelaksanaan

inisiatif-inisiaif di bawah NSPC seperti berikut:

  1. AC1 : Mempromosikan Pekerjaan Kapal Malaysia dalam Bidang Perkapalan di Malaysia (Promoting Employment of Malaysian Ships);
  2. AC2 : Mempromosikan Pekerjaan sebagai Pelaut (Promoting Employment of Malaysia Seafarers);
  • AC3 : Memudahkan Akses kepada Modal dan Pembiayaan (Facilitating Access to Capital and Financing);
  1. AC4 : Meningkatkan Daya Tarik Malaysia kepada

Perniagaan Perkapalan(Enhancing Malaysia’s Attractiveness to

Shipping Businesses);

  1. AC5 : Mempromosikan Inovasi dalam Pertumbuhan

Mampan Perkhidmatan Sampingan Maritim (Promoting Innovation in Sustainable Growth of Maritime Ancillary Services); dan

  1. AC6 : Meningkatkan Daya Saing dan Produktiviti Pelabuhan Malaysia (Improving Competitiveness and Productivity of Malaysian Ports).

MSMP menjadi indikator utama sektor perkapalan daripada tahun

  1. 2019 hingga 2022. Kemudiannya, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah melanjutkan tempoh pelaksanaan MSMP sehingga tahun 2025 agar selari dengan pelaksanaan Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2025-2030 dan melaksanakan penilaian pencapaian MSMP secara menyeluruh pada pertengahan tahun 2024 dan memastikan semua maklumat berkaitan sasaran dan objektif MSMP didokumenkan.
  2. Justeru itu, setiap Advisory Committee – AC di bawah NSPC telah mengemaskini dan menganalisis data dan statistik terkini berdasarkan keadaan terkini berpandukan kepada perangkaan Dasar Perkapalan Negara, terutamanya bawah skop pelayaran dan kargo domestik, selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.
  3. Bagi memajukan industri maritim Malaysia pula, setiap Advisory Committee – AC telah mengemukakan beberapa cadangan strategi seperti berikut:

6.1  Memudahkan proses pendaftaran kapal:

  1. menambah bilangan pejabat pendaftaran di semua

pejabat Wilayah JLM;

  1. melengkapkan kemahiran teknikal kakitangan JLM, fokus

kepada pendaftaran kapal; dan

  1. mewujudkan pejabat pendaftaran kapal Malaysia di luar

negara.

6.2  Memberikan perkhidmatan yang pantas terutamanya berkenaan khidmat teknikal (efficient infrastructure and administration):

  1. permohonan dan kelulusan pengecualian (exemption), pelanjutan (extension) dan pelayaran sehala (single voyage) boleh diproses dengan segera;
  2. permohonan DSL yang lebih mesra kepada kapal Malaysia;
  3. menambahkan latihan kemahiran dan kepakaran pegawai JLM agar khidmat teknikal dapat diberikan dengan lebih cepat dan selari dgn SOP JLM yang berkuatkuasa;
  4. menempatkan pegawai teknikal JLM di tempat yang sepatutnya; dan
  5. memberikan khidmat teknikal 24 jam – 7 hari.

6.3  Memudahkan pemilik kapal Malaysia mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan (bank) tempatan dengan kadar faedah yang lebih rendah.

6.4  Memastikan negara Malaysia sentiasa dalam senarai White List dalam semua Port State Control Regime:

  1. mengelakkan kapal Malaysia menjadi sasaran pemeriksaan PSC setiap kali memasuki pelabuhan di luar negara; dan
  2. mengelakkan kelewatan keberangkatan sekiranya kapal tersebut ditahan.

6.5  Memberi kelebihan dan keutamaan kepada kapal Malaysia memasuki pelabuhan di dalam Malaysia:

  1. mengkaji kaedah pelaksanaan daripada negara luar terutamanya Singapura dan Hong Kong yang mengamalkan keutamaan kapal pendaftaran tempatan untuk memasuki pelabuhan tempatan; dan
  2. memberi kemudahan pengurangan perkhidmatan yang diberikan oleh Port Reception Facility (50%) dan caj pelabuhan (20-30%).

6.6  Memastikan RO yang dilantik mematuhi keperluan kebangsaan, IMO dan ILO.

6.7  Mengkaji semula Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) Bahagian III C berkenaan pendaftaran MISR:

  1. cadangan agar membuka peluang kepada mana-mana kapal tanpa mengira umur dan tanan dengan syarat survei yang dijalankan oleh RO mendapati kapal layak layar;
  2. mengekalkan pejabat pengurus kapal di Malaysia bagi

memberi peluang kepada bekas pelaut Malaysia untuk

bekerja di syarikat tersebut; dan

  1. dapat menyumbang kepada peningkatan jumlah tanan

kapal negara.

6.8 Memudahkan proses pembayaran sijil dan caj perbelanjaan melalui sistem e-payment.

6.9 Memberi keutamaan kepada kapal Malaysia yang beroperasi dalam perairan Malaysia dengan memberi pengecualian bertempoh bagi:

  1. keperluan Ballast Water Management;
  2. pematuhan kepada MARPOL Annex VI;
  3. penggunaan kapal tangki Single Hull/ Single Bottom; d. penggunaan kapal korek (dredger); dan
  4. penggunaan kapal pengangkut pasir (sand carrier).

6.10 Memberikan kemudahan dan mengutamakan kapal Malaysia memasuki limbungan di Malaysia:

  1. mengalakkan dengan memperkenalkan insentif-insentif bagi pertumbuhan limbungan-limbungan di lokasi perairan strategik Malaysia;
  2. memberikan kemudahan penggalakkan dengan memberi caj pengurangan antara 20% – 30% sekiranya memasuki limbungan di dalam Malaysia; dan
  3. memastikan penyedia perkhidmatan (servis provider) dan pembuat mesin dan peralatan (maker manufacturer of equipment & machinery) diwujudkan di Malaysia.

6.11 Mewujudkan perkhidmatan pelabuhan (port services) antaranya ship chandeliers, perkhidmatan bekalan (bunker fresh water & fuel), perkhidmatan e-hailing dan perkhidmatan sokongan bagi kebajikan kapal/ pelaut. Ini memudahkan kapal tempatan dan asing mendapatkan perkhidmatan yang lebih mesra dan mudah.

Sekian, terima kasih.