PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA]
SOALAN
TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:
a. jumlah Menteri wanita yang memegang jawatan di dalam setiap kabinet Kerajaan Persekutuan dari tahun 2008 hingga 2022, termasuk butiran Kementerian yang dipegang oleh mereka; dan
b. jumlah peruntukan belanjawan tahunan yang diagihkan kepada Kementerian-Kementerian di bawah Menteri wanita untuk tempoh tersebut.
JAWAPAN
DIJAWAB OLEH YB DATUK ARMIZAN BIN MOHD ALI,
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL SABAH, SARAWAK DAN TUGAS-TUGAS KHAS)
Tuan Yang di-Pertua,
1. Inisiatif bagi meningkatkan peratusan wanita dalam bidang politik adalah satu inisiatif yang harus digalas bersama oleh semua komponen parti politik. Mandat yang diberikan kepada wanita dalam mewakili suara rakyat yang diwakili di peringkat Parlimen merupakan satu lembaran baru dalam arena politik di Malaysia. Bagi meningkat penglibatan berterusan wanita di Parlimen partiparti politik yang merupakan stakeholders utama perlu terus mengambil perhatian dan melaksanakan strategi terutama ketika proses pencalonan dengan menggalakkan lebih ramai calon wanita yang bertanding dan mengembangkan potensi wanita di peringkat akar umbi untuk digilap menjadi pemimpin masa hadapan.
2. Secara keseluruhan sebanyak 26 pelantikan menteri daripada kalangan wanita telah dibuat bagi memegang jawatan di dalam kabinet Kerajaan Persekutuan dari tahun 2008 hingga 2022.
3. Jumlah anggaran peruntukan belanjawan tahunan yang diagihkan kepada Kementerian-Kementerian di bawah Menteri wanita untuk tempoh tersebut adalah sebanyak RM 140 bilion.
Sekian, terima kasih.

