Pertanyaan: Pemberian wang semasa pilihan raya dan Laporan oleh ERC

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA] minta PERDANA MENTERI menyatakan:

a) Pandangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai pemberian wang oleh calon ataupun orang awam kepada pengundi semasa pilihan raya, sama ada untuk tujuan ‘sedekah’, tambang pengangkutan atau lain-lain; dan

b) Adakah Kerajaan Perpaduan akan menerbitkan secara awam laporan oleh Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) yang telah diserahkan sejak Ogos 2020.

JAWAPAN

YB DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI)

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Pandangan SPR mengenai pemberian wang oleh calon kepada pengundi

1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengambil maklum akan dakwaan dan laporan mengenai isu pemberian wang semasa pilihan raya yang lalu. Mana-mana perbuatan rasuah sekiranya dilakukan dalam pilihan raya merupakan suatu kesalahan. Sehubungan itu, SPR menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan lanjut di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 atau undang-undang lain yang berkaitan.

2. Malahan terdapat beberapa kes berkaitan isu seumpamanya telah diambil tindakan undang-undang melalui pemfailan Petisyen Pilihan Raya. Oleh demikian bagi menghormati prinsip ‘sub judice’, SPR menyerahkan proses perundangan tersebut dilaksanakan oleh pihak mahkamah dengan sewajarnya.

(b) Penerbitan Laporan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC)

3. Laporan Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) yang mengandungi 49 syor akan diteliti oleh sebuah Jawatankuasa Khas Kabinet. Jawatankuasa Khas Kabinet yang ditubuhkan ini meneliti semua syor yang dikemukakan serta mengkaji kesesuaian pelaksanaannya. Ini kerana syor-syor ERC melibatkan perundangan dan bidang kuasa pelbagai kementerian.

Sekian, terima kasih.