Kamar Khas: Keperluan Bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah yang Baharu

MALAYSIA
KAMAR KHAS
PARLIMEN KELIMA BELAS
PENGGAL KEDUA
MESYUARAT PERTAMA
Isnin, 20 Februari 2023
Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang
DOA
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]

Keperluan Bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah yang Baharu 

Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, tajuk ucapan Kamar Khas saya pada hari ini ialah “Keperluan Bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah yang Baharu”. 

Tuan Yang di-Pertua, “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.” Ini merupakan slogan yang kita sering dengar. Sememangnya peranan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keselamatan masyarakat dan menguatkuasakan undang-undang adalah sangat penting di negara kita. 

Pada petang ini saya ini membangkitkan sebuah isu berkenaan dengan IPD Melaka Tengah, khususnya mengenai bangunan IPD tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, bangunan IPD Melaka Tengah terletak di Jalan Kota iaitu di bandar Melaka. Bangunan IPD ini dibina pada tahun 1947 dan telah berusia 76 tahun. 

IPD Melaka Tengah menempatkan enam bahagian iaitu bahagian pengurusan, jenayah, trafik, ketenteraman awam, tatatertib dan logistik. Terdapat 464 orang petugas yang bekerja di IPD Melaka Tengah termasuk kakitangan awam. Manakala empat bahagian lain iaitu bahagian komersial, pencegahan jenayah, narkotik dan cawangan khas terletak di Balai Polis Bandar Hilir dan Balai Melaka Tengah. 

Hasil tinjauan saya mendapati bangunan IPD Melaka Tengah telah mengalami banyak kerosakan yang amat kritikal. Ini termasuklah kebocoran bumbung, sistem pendawaian elektrik yang lama, kayu dimakan anai-anai dan banjir apabila hujan lebat. Saya juga dimaklumkan bahawa adalah tidak ‘economic’ untuk memperbaiki semua perkara ini kerana bangunan ini memang sudah amat usang. 

Yang Berhormat Timbalan Menteri, inilah gambar-gambar nanti saya akan bagi kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri menunjukkan bangunan tersebut memang amat usang [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen]. 

Selain itu, ruang pejabat sedia ada tidak dapat menampung keperluan tugas dan keanggotaan sedia ada. Untuk makluman, saya selalu dipanggil untuk berikan kenyataan di balai IPD, sering kali IO yang mengambil statement saya, I tengok bilik mereka terlalu kecil. Kadang-kadang ambil statement tiga jam saya hendak pergi ke tandas, kalau saiz seperti Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, badan tidak boleh pusing. Tandasnya terlalu kecil. Mereka ubah suai, bangunan lama diubahsuai. Memang masa untuk kita buat satu IPD yang baharu. 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Saya faham. Saya biasa bertugas di sana. 

Tuan Khoo Poay Tiong: Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kawasan tempat meletak kenderaan yang terhad juga menjadi faktor ketidakselesaan petugas dan orang awam yang datang berurusan. 

IPD Melaka Tengah yang baharu amat diperlukan memandangkan pembangunan pesat daerah Melaka Tengah. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, daerah Melaka Tengah adalah antara daerah yang paling padat di seluruh Malaysia. Selain itu, kawasan ini juga menerima kunjungan pelancong yang amat tinggi. Oleh itu, peranan IPD Melaka Tengah adalah sangat penting. Dengan ini, saya memohon ulasan daripada Menteri, khususnya sama ada boleh diperuntukkan dana untuk membina bangunan IPD yang baharu. 

Selain itu, terdapat juga cadangan untuk melaksanakan ‘land swap’, iaitu tanah IPD sekarang ditukar dengan tanah lain milik swasta memandangkan tanah tersebut terletak di kawasan pelancongan yang bernilai tinggi. Sebagai ganti, pihak pemaju swasta kemudiannya perlu membina bangunan IPD yang baharu di tempat lain yang bersesuaian. Saya memohon penjelasan Menteri. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah]: Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka di atas soalan dan keprihatinan Yang Berhormat dalam soal kebajikan PDRM. 

Kementerian ini dan Polis Diraja Malaysia sentiasa mengambil berat berkaitan aspek kebajikan warga PDRM dengan menyediakan prasarana yang mencukupi demi keselesaan warga IPD Melaka Tengah dalam menjaga keamanan serta keselamatan setempat. Berdasarkan perancangan pemantapan pengurusan PDRM, di bawah Pelan Tindakan Rancangan Strategik PDRM 2021-2023, PDRM telah merancang pelaksanaan projek bagi kontinjen Melaka seperti berikut; 

(i) pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah;
(ii) pembinaan Balai Polis Ayer Keroh, Melaka Tengah;
(iii) pembinaan Balai Polis Tanjung Minyak; dan
(iv) pembinaan bangunan tambahan IPK Melaka. 

Projek pembinaan baharu IPD Melaka Tengah telahpun diangkat oleh PDRM dalam Rolling Plan 4 (RP4), Rancangan Malaysia ke-12 bagi tahun 2024. Keperluan menaik taraf IPD dan balai-balai ini disusun mengikut keutamaan PDRM. Tapak IPD baharu dirancang dibangunkan di tapak seluas 12.15 hektar berhadapan kuarters PDRM Krubong yang terletak 10 kilometer dari IPD Melaka Tengah sedia ada. 

Berkaitan dengan cadangan land swap yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, sehingga kini kementerian tidak menerima apa-apa cadangan mengenai projek tersebut daripada mana-mana syarikat swasta untuk projek IPD Melaka Tengah. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua 