Kamar Khas: Penambahbaikan Proses Undi Pos Luar Negara

MALAYSIA
KAMAR KHAS
PARLIMEN KELIMA BELAS
PENGGAL KEDUA
MESYUARAT PERTAMA
Selasa, 14 Februari 2023
Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang
DOA
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Penambahbaikan Proses Undi Pos Luar Negara 

Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, tajuk ucapan saya kepada Kamar Khas pada kali ini ialah “Penambahbaikan Proses Undi Pos Luar Negara”. Tuan Yang di-Pertua, hak untuk mengundi merupakan hak asas setiap rakyat Malaysia. Hak ini diperuntukkan di bawah Fasal 119, Perlembagaan Persekutuan. 

Maka, setiap undi adalah penting dan merupakan cara langsung untuk rakyat mengambil bahagian dalam sistem demokrasi negara. Hak mengundi juga dimiliki oleh rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara. Dianggarkan terdapat lebih tiga juta rakyat Malaysia yang sedang menetap di luar negara. 

Oleh itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menyediakan kemudahan undi pos untuk mereka. Langkah ini harus digalakkan supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat menunaikan tanggungjawab mereka. Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang lepas, sejumlah 50,850 undi pos luar negara telah dikeluarkan oleh SPR. 

Namun, saya mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan suatu aduan yang diterima oleh pejabat saya selepas PRU-15 mengenai undi pos luar negara. Kes ini melibatkan seorang pengundi Melaka yang sedang menetap di Kalimantan, Indonesia. Beliau telah mendaftar untuk undi pos semasa PRU15. 

Sampul undi pos telah dikeluarkan pada 9 November 2022, tetapi malangnya ia hanya sampai kepada pengundi tersebut pada 7 Disember 2022 iaitu lebih dua minggu selepas hari mengundi telah tamat. 

Sebenarnya, antara sebab mengapa sampul undi pos tersebut lambat sampai adalah kerana pengundi tersebut menetap di kawasan yang jauh dari bandar utama iaitu di Kalimantan. Namun, setelah meneliti sampul undi pos tersebut, pengiriman dibuat menggunakan pos berdaftar kategori ‘regular’ atau biasa walaupun terdapat pilihan ‘super speed’ dan ‘diplomatic’ yang sudah tentu akan lebih laju. 

Ini adalah slip tersebut, Tuan Yang di-Pertua. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen]. Sebenarnya kita boleh lihat memang ada kolum untuk mereka tanda tetapi mereka pilih regular service sahaja. 

Maka, saya memohon penjelasan daripada SPR mengenai isu ini. Cadangan saya adalah supaya SPR menggunakan pos berdaftar kategori ‘diplomatik’ bagi sampul undi pos yang dikirimkan ke kawasan-kawasan yang jauh supaya pengirimannya dapat diutamakan. 

Selain itu, SPR juga boleh mempertimbangkan beberapa kaedah lain. Contohnya, amalan biasa di negara lain adalah untuk rakyat di luar negara hadir ke Kedutaan Malaysia di negara tersebut untuk membuang undi dan sampul-sampul tersebut kemudiannya akan dikirimkan oleh kedutaan kembali dengan keutamaan diplomatik. 

Di negara lain seperti Australia pula, mereka membenarkan penerimaan dan pengiraan kertas undi pos sehingga 13 hari selepas hari mengundi. Ini bermakna pada akhir hari mengundi biasa, keputusan awal (indicative result) akan diumumkan, tetapi keputusan rasmi atau akhir hanya akan diumumkan selepas 13 hari iaitu setelah semua undi pos telah dikira dan dijumlahkan bersama. Maka, saya memohon pandangan SPR mengenai isu ini, termasuklah rancangan dan langkah-langkah untuk menambah baik sistem undi pos luar negara. Sekian, terima kasih. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengundian secara pos merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) kepada pemilih warganegara Malaysia yang layak memohon seperti berikut − Ada empat kategori secara umumnya; 

Pertama, kategori ‘1A’ (Dalam Negara) iaitu untuk ahli dan pegawai SPR, petugas pilihan raya, tentera, polis, Polis Pasukan Gerak Am (PGA) yang bertugas pada hari mengundi awal dan pengamal media yang bertugas membuat liputan pilihan raya di luar kawasan pada hari mengundi. 

Kedua, kategori ‘1B’ (Luar Negara) yang merangkumi warganegara Malaysia yang menetap di luar negara. Seterusnya, adalah kategori ketiga iaitu kategori ‘1C’ (10 agensi) yang terdiri daripada agensi atau institusi seperti berikut; 

  1. (i) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; 
  2. (ii) Jabatan Penjara Malaysia; 
  3. (iii) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia; 
  4. (iv) Sukarelawan Simpanan Polis; 
  5. (v) Jabatan Imigresen Malaysia; 
  6. (vi) Jabatan Kesihatan Malaysia; 
  7. (vii) Jabatan Pendaftaran Negara-UTC; 
  8. (viii) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia; 
  9. (ix) Agensi Pengurusan Bencana Negara; dan 
  10. (x) Tenaga Nasional Berhad yang bertugas pada hari mengundi. 

Akhirnya, adalah kategori keempat iaitu Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara yang terdiri daripada penjawat awam yang berkhidmat di luar negara dan pasangan serta pelajar universiti atau institusi tinggi sepenuh masa di luar negara dan pasangan. Dalam pelaksanaan PRU-15 yang lepas, SPR telah membuat beberapa penambahbaikan terhadap proses pengundian secara pos untuk dalam dan luar negara antaranya seperti berikut; 

Pertama, permohonan undi pos bagi kategori ‘1B’ (Luar Negara) dan ‘1C’ (10 agensi) dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR pada PRU-15 yang lepas. Permohonan secara atas talian ini memudahkan pemilih untuk membuat permohonan berbanding secara manual menggunakan borang pada PRU atau PRK sebelumnya. 

Kedua, SPR juga telah memansuhkan syarat-syarat kelayakan pengundi pos kategori ‘1B’ (Luar Negara) seperti: 

(i) mereka yang bermastautin di luar negara kecuali di wilayah selatan Thailand Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun, Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia. Sebelum pemansuhan syarat-syarat ini, pemilih warganegara Malaysia yang berada di wilayah selatan Thailand iaitu yang seperti yang saya nyatakan tadi iaitu Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun, Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia tidak layak mengundi secara pos dan mereka perlu pulang ke Malaysia untuk mengundi secara biasa di bahagian pilihan raya yang terlibat; dan 

(ii) mereka yang pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum tarikh pembubaran Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa. Warganegara Malaysia yang berada di luar negara kini tidak lagi tertakluk kepada syarat ini untuk memohon mengundi secara pos. 

Bagi urusan logistik dan penghantaran kertas undi pos kepada pemilih sama ada di dalam dan luar negara, ia dilaksanakan oleh pengendali pos yang dilantik oleh SPR. Sampul undi pos akan mula dihantar kepada pemilih selepas pengeluaran undi pos selesai dibuat oleh pegawai pengurus. 

Penghantaran undi pos dalam negara adalah menggunakan pos daftar Xpresdrop manakala penghantaran ke luar negara menggunakan kaedah courier international network yang lebih laju berbanding kaedah postal network atau surat bersetem biasa. Walau bagaimanapun, masa dan tempoh penghantaran sampul undi pos kepada pemilih di luar negara adalah bergantung kepada zon penghantaran serta terma dan syarat mengikut negara yang terlibat. 

Selepas PRU Ke-15, SPR telah mengadakan postmortem dengan pihak pengendali pos yang dilantik bagi meneliti aspek penambahbaikan penghantaran sampul keutamaan undi pos yang lebih berkesan kepada pemilih sama ada di dalam dan luar negara untuk pelaksanaan pilihan raya yang akan datang. 

Untuk makluman Tuan Yang Di-Pertua, SPR juga pernah melaksanakan penghantaran kertas undi pos di pejabat-pejabat Kedutaan Malaysia semasa PRU-13 pada tahun 2013. Rakyat Malaysia yang memohon undi pos pada ketika itu perlu hadir ke pejabat-pejabat kedutaan pada tarikh yang ditetapkan untuk membuat penandaan kepada kertas undi pos sebelum ia dibawa pulang ke Malaysia untuk diserahkan kepada pegawai pengurus. 

Namun demikian, tidak semua rakyat Malaysia dapat hadir ke pejabat-pejabat kedutaan kerana jarak tempat tinggal mereka adalah jauh di samping tidak semua negara mempunyai pejabat kedutaan.Terdapat juga pelbagai isu yang timbul berkaitan pengundian di pejabat kedutaan semasa PRU-13 menyebabkan SPR menetapkan bahawa kertas undi pos dihantar terus ke alamat pengundi semasa PRU-14 dan ia diteruskan pada PRU-15. 

Keputusan pilihan raya di Malaysia diumumkan dengan serta merta apabila penjumlahan rasmi undi selesai dilaksanakan. Cadangan untuk membenarkan penerimaan dan pengiraan kertas undi sehingga 13 hari seperti yang dibuat di Australia tidak sesuai untuk dilaksanakan. Untuk makluman, kaedah pelaksanaan sedia ada pilihan raya di Malaysia masih relevan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. 