Pertanyaan: Status Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) untuk tahun 2019-2022

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS (2022)

PERTANYAAN : BUKAN LISAN (BERTULIS)
DARIPADA : YB TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) statistik berkenaan dengan Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) untuk tahun 2019- 2022 (bilangan saringan kesihatan yang telah dijalankan, bilangan penerima, jumlah manfaat dibayar mengikut jenis, dan lain-lain statistik berkaitan); dan

(b) adakah Kementerian bercadang untuk memperluaskan skim ini kepada golongan berpendapatan M40.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sejak 15 April 2019 hingga 30 Jun 2022, seramai 640,553 orang telah disaring di bawah Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 atau dikenali sebagai PeKa B40. Walau bagaimanapun, jumlah saringan tersebut hanyalah 10.8% daripada 5,950,291 penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang layak untuk skim ini.

2. Berikut adalah jumlah penerima dan jumlah peruntukan mengikut jenis manfaat yang telah disalurkan di bawah program PeKa B40:

3. Buat masa ini, KKM akan terus memberi fokus program PeKa B40 kepada golongan B40. Bagi kumpulan yang berpendapatan sederhana (M40) dan mampu membiayai sendiri saringan kesihatan mereka boleh mendapat pelepasan pendapatan bercukai sehingga RM1,000 untuk pemeriksaan perubatan. Pelepasan pendapatan bercukai juga boleh diperolehi untuk perbelanjaan berikut:

(i) RM8,000 untuk perbelanjaan rawatan perubatan untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak;

(ii) RM8,000 untuk rawatan perubatan dan keperluan khas ibu bapa; dan

(iii) RM6,000 untuk peralatan sokongan asas bagi diri sendiri, pasangan dan ibu bapa yang kurang upaya.

Sekian, terima kasih.