Pertanyaan: Status projek tebatan banjir di Melaka

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS (2022)

PERTANYAAN : BUKAN LISAN (BERTULIS)
DARIPADA : YB TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]

SOALAN

Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan:

1. rumusan teknikal mengenai 6 projek tebatan banjir di bawah RMK12 yang sedang dilaksanakan di Melaka, terutamanya penjelasan mengenai rasional dan bagaimanakah projek- projek tersebut dapat menangani masalah banjir di Melaka; dan

2. apakah status terkini pelaksanaan projek-projek tersebut.

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

1. Berdasarkan analisis hidrologi awal, didapati bahawa kapasiti sungai sedia ada di negeri Melaka hanya boleh menampung kadar alir yang rendah. Pembangunan dan perubahan guna tanah telah menyumbang kepada peningkatan kadar air larian permukaan (surface runoff) yang masuk ke dalam sungai-sungai di negeri Melaka. Ini menyebabkan limpahan sungai ketika hujan lebat.

2. Saluran sungai yang sempit dan cetek, ditambah dengan halangan struktur seperti pembetung, jambatan dan alur limpah pengairan tetap (fixed irrigation weir) telah menyekat aliran air sungai. Selain itu, terdapat kawasan lembangan sungai yang terletak di kawasan dataran rendah. Risiko banjir meningkat apabila paras air sungai lebih tinggi serta faktor-faktor di atas dan menyebabkan limpahan air sungai tersebut. Keadaan ini bertambah buruk apabila hujan lebat bertembung dengan air pasang tinggi yang telah menghalang aliran air banjir daripada keluar ke muara sungai.

3. Bagi mengatasi masalah ini, antara kaedah kawalan yang boleh dilaksanakan adalah melebar dan mendalamkan sungai; membina ban, tembok banjir (floodwall) dan kolam takungan banjir serta menaiktaraf kolam takungan sedia ada; membina struktur baraj bagi mengawal aras air sungai; menaiktaraf jambatan sedia ada; memasang sistem pam, perlindungan cerun sungai dan struktur saluran keluar atau outlet structure seperti pintu kepak atau flap gate di saluran keluar parti-parit yang masuk ke dalam sungai. Kaedah-kaedah ini dijangka meningkatkan kapasiti sungai bagi menampung kadar alir yang tinggi semasa hujan lebat.

4. Oleh yang demikian, berdasarkan kajian perunding ke atas projek-projek tebatan banjir di negeri Melaka, skop kerja dan status bagi projek-projek adalah seperti jadual yang dilampirkan.

Sekian, terima kasih.