PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS (2022)
PERTANYAAN : BUKAN LISAN (BERTULIS)
DARIPADA : YB TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]
SOALAN
Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan:
1. adakah projek Melaka Gateway di bawah Syarikat KAJ Development Sdn Bhd telah mendapatkan kelulusan Laporan Impak Alam Sekitar (EIA), termasuklah tarikh EIA tersebut dijalankan dan tarikh kelulusan laporan EIA tersebut; dan
2. apakah intipati laporan EIA tersebut (dipohon melampirkan salinan laporan EIA tersebut bersama dengan jawapan).
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
1. Syarikat KAJ Development Sdn. Bhd. masih belum mengemukakan Laporan Penilaian Impak Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment – EIA) untuk penilaian dan kelulusan Ketua Pengarah Alam Sekeliling di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).
2. Projek ini tertakluk kepada Jadual Kedua berdasarkan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan)(Laporan kesan kepada Alam Sekeliling) 2015, maka pameran awam akan dilaksanakan dan mana-mana pihak boleh membuat ulasan kepada cadangan projek tersebut.
Sekian, terima kasih.

