Pertanyaan: Subsidi barang keperluan asas yang dibiayai oleh Kerajaan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS (2022)

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) jenis subsidi barang keperluan asas yang dibiayai oleh Kerajaan untuk meringankan kos sara hidup rakyat termasuklah jumlah untuk setiap jenis subsidi tersebut untuk tahun 2018-2022 (secara berasingan) ; dan

(b) apakah hala tuju dan garis masa Kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi-subsidi tersebut.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan prestasi perbelanjaan sebenar bagi subsidi keperluan asas yang dibiayai oleh Kerajaan untuk meringankan kos sara hidup rakyat seperti Subsidi Program Skim Penstabilan Minyak Masak, Subsidi Program Tepung Gandum Am, Subsidi Gas Cecair, Liquefied Petroleum Gas (LPG), Diesel dan Petrol, dan lain-lain termasuk Bantuan Keluarga Malaysia adalah sejumlah RM30.5 bilion bagi tahun 2018, RM26.5 bilion bagi tahun 2019, RM23.3 bilion bagi tahun 2020, RM37.3 bilion bagi tahun 2021.

Untuk tahun 2022, bantuan dan subsidi diunjurkan mencecah RM77.7 bilion berbanding dengan peruntukan yang diluluskan di bawah Bajet 2022 sebanyak RM31 bilion. Peningkatan keperluan subsidi berbangkit ekoran langkah Kerajaan untuk bukan sahaja meneruskan subsidi tetapi meningkatkan perbelanjaan subsidi terutamanya berkaitan petrol, diesel, Liquefied Petroleum Gas (LPG) dan minyak masak. Di samping itu, Kerajaan juga memperkenalkan subsidi baharu yang tidak disediakan di dalam Bajet 2022, khususnya subsidi elektrik serta subsidi ayam dan telur.

Kerajaan komited untuk memastikan bekalan makanan asas yang mencukupi pada harga yang berpatutan. Untuk ayam dan telur, Kerajaan telah meluluskan peruntukan subsidi sebanyak RM730 juta untuk temoh bulan Februari hingga Jun 2022. Mulai Julai 2022, dalam usaha mengurangkan herotan pasaran, Kerajaan telah membenarkan kenaikan harga siling 50 sen se kg bagi ayam dan 2 sen bagi sebiji telur tetapi subsidi tetap diteruskan pada kadar RM1.40 se kg untuk ayam dan 3 sen bagi sebiji telur. Nilai subsidi untuk Julai dan Ogos dianggarkan RM370 juta dan di samping itu, Kerajaan juga telah memberi bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta kepada golongan penerima BKM. Dengan itu, jumlah subsidi serta bantuan tunai selepas Jun adalah RM1 bilion iaitu lebih daripada peruntukan RM730 juta yang disediakan sebelum Julai 2022.

Kerajaan akan terus meneliti dan menambahbaik subsidi yang disediakan ke arah :

• pertama, subsidi dan bantuan yang lebih bersasar iaitu ditumpukan kepada golongan yang memerlukan,

• kedua, mengurangkan ketirisan subsidi dan herotan pasaran, dan

• ketiga, mengelakkan kenaikan harga yang mendadak.

Kerajaan sedang mengkaji mekanisme pemberian subsidi petrol, diesel, LPG supaya dapat dilaksanakan dengan lebih bersasar dan menumpukan bantuan dan subsidi kepada golongan rentan dan mereka yang benar-benar memerlukan bantuan. Pelaksanaan subsidi secara bersasar dijangka dapat mengoptimumkan sumber kewangan Kerajaan dan penjimatan yang dicapai dapat diagihkan semula untuk program yang lebih berkesan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat.

Sekian, terima kasih.