Geran Komuniti Kota Melaka

bendera

NOTIS: PERMOHONAN GERAN KOMUNITI KOTA MELAKA UNTUK TAHUN 2020 TELAH TUTUP

Geran Komuniti Kota Melaka ialah sebuah program untuk mendayakan dan menyokong mereka yang berminat untuk menyumbang kepada masyarakat. Melalui program ini, geran boleh dipohon untuk menjalankan projek atau aktiviti yang akan membawa kesan positif dan manfaat kepada masyarakat.

Geran ini disokong of Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka, YB Khoo Poay Tiong.

Garis Panduan

1. Geran ini menyokong projek yang berkepentingan awam. Projek yang bersifat peribadi atau untuk menjana keuntungan tidak akan dipertimbangkan.

2. Projek tersebut mesti dijalankan di dalam kawasan parlimen Kota Melaka atau melibatkan komuniti tempatan di Kota Melaka.

3. Purata geran untuk setiap projek adalah RM10,000. Jumlah yang lebih tinggi hanya boleh dipertimbangkan jika terdapat sebab-sebab yang kuat. Jika sesuai, Pusat Khidmat Rakyat Kota Melaka juga boleh membantu mendapatkan sokongan lanjut daripada kerajaan negeri atau persekutuan.

Bidang Fokus

Secara amnya, program ini menerima semua permohonan untuk projek yang berkepentingan awam dan boleh mendatangkan impak positif kepada masyarakat. Walaubagaimanapun, keutamaan akan diberi kepada projek yang sejajar dengan dasar kerajaan. Untuk tahun 2020, bidang-bidang keutamaan ialah:

  1. Pelancongan dan Pemeliharaan Budaya
  2. Teknologi Digital dan Smart City
  3. Pemberdayaan Sosio-ekonomi
  4. Kerajaan bersih dan hak asasi
  5. Alam Sekitar

(1) Pelancongan dan Pemeliharaan Budaya

Tahun Melawat Malaysia 2020 merupakan salah satu inisiatif utama oleh kerajaan. Kempen ini menyasarkan kunjungan 30 juta pelancong. Pada masa yang sama, keutamaan juga harus diberi kepada aspel pemeliharaan warisan dan budaya supaya identiti dan kelestarian komuniti tempatan dapat diperkuatkan.

Program ini akan menyokong projek yang meningkatkan penglibatan komuniti tempatan dalam aktiviti pelancongan dan pemeliharaan warisan dan budaya di Kota Melaka.

Contoh projek adalah seperti: 

  • pemetaan dan dokumentasi komuniti 
  • pameran 
  • free walking tour
  • persembahan seni budaya tradisional
  • penggunakan teknologi untuk pelancongan
  • bengkel untuk kanak-kanak mengenai warisan budaya
(2) Teknologi Digital dan Smart City

Teknologi digital akan memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan dan ekonomi di Malaysia. Kerajaan telah melancarkan beberapa dasar utama seperti Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), Industri 4.0, dan Smart City.

Program ini hendak meningkatkan kebolehan, pemahaman, dan kemahiran komuniti tempatan dalam menggunakan teknologi digital. Ini termasuklah menguatkan ekosistem teknologi digital dan Smart City di Melaka.

Contoh projek adalah seperti: 

  • bengkel koding dan robotic
  • Hackathon
  • kerjasama untuk membangunkan teknologi baru
  • pemerkasaan ekosistem
(3) Pemberdayaan Sosio-ekonomi

Salah satu objektif di dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 ialah mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara kumpulan pendapatan, etnik, dan wilayah untuk melindungi dan memperkuasakan rakyat.

Program ini akan menyokong projek-projek yang meningkatkan kebolehan sosio-ekonomi golongan yang terdedah dan berkeperluan sebagaimana yang telah dikenalpasti di dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Ini termasuklah golongan B40, orang asli, OKU, belia, wanita, dan warga emas.

Contoh projek adalah seperti: 

  • latihan kemahiran untuk ibu tunggal
  • latihan keusahawanan untuk belia
  • kelas tuisyen bercuma untuk pelajar misken
  • projek untuk meningkatkan aksesibiliti untuk warga OKU
(4) Kerajaan bersih dan hak asasi

Kerajaan yang baharu komited untuk mereformasikan institusi dan sistem politik supaya pentadbiran negara adalah lebih bersih dan berkesan. Kerajaan juga komited untuk memastikan hak asasi semua rakyat Malaysia terus terpelihara dan diperkasakan.

Program ini hendak memastikan usaha kerajaan untuk mereformasikan institusi dan sistem politik dan hak asasi dapat sampai ke peringkat setempat.

Contoh projek adalah seperti: 

  • latihan anti-korupsi untuk pemimpin komuniti
  • sesi dialogue untuk meningkatkan interaksi antara agensi kerajaan dan komuniti
  • bengkel hak asasi
  • inisiatif untuk meningkatkan penglibatan golongan terpinggir di dalam proses pentadbiran
(5) Alam Sekitar

Kelestarian alam sekitar kita semakin terancam. Kerajaan sedar bahawa pembangunan sosio-ekonomi mestilah diseimbangkan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Program ini hendak meningkat kesedaran dan penglibatan komuniti setempat dalam pemeliharaan alam sekitar.

Contoh projek adalah seperti: 

  • gotong-royong membersihkan kawasan tercemar
  • penggunaan teknologi pintar untuk memantau pencemaran
  • kempen kesedaran awam
  • inisiatif kitar semula
  • projek kompos di peringkat komuniti
Proses permohonan:

1. Pihak yang berminat boleh mengisikan borang penilaian awal untuk memastikan projek yang dicadangkan adalah sesuai dan layak.

2. Permohonan yang disenarai pendek akan dihubungi untuk mengemukakan kertas cadangan penuh beserta belanjawan untuk projek tersebut. Jika perlu, pemohon akan dijemput untuk membuat pembentangan atau bermesyuarat supaya maklumat lanjut boleh diperoleh.

3. Kertas kerja akan dinilai oleh sebuah jawatankuasa khas.

4. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan secara rasmi selepas kertas kerja diluluskan.