Pertanyaan: Keberkesanan dan status terkini pelaksanaan Program Jamin Kerja

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS (2022)

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan keberkesanan dan status terkini pelaksanaan Program Jamin Kerja, termasuklah jumlah peluang pekerjaan yang telah dihasilkan, dipenuhi serta jumlah peruntukan yang telah disalurkan untuk setiap kategori.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Program JaminKerja yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan bermula 1 Januari 2022 di bawah inisiatif Bajet 2022 telah menunjukkan impak yang positif.

Berdasarkan statistik, sehingga 1 Julai 2022 jumlah permohonan Jamin Kerja- Insentif Penggajian yang diterima daripada 7,650 majikan adalah sebanyak 50,594 permohonan. Daripada jumlah tersebut, peruntukan yang disalurkan kepada setiap kategori adalah:

i. Peruntukan berjumlah RM10.44 juta telah disalurkan kepada 24,966 orang daripada kategori Pencari Kerja Am;

ii. Peruntukan berjumlah RM6.03 juta telah memanfaatkan seramai 8,366 orang dalam kategori Perantisan;

iii. Peruntukan berjumlah RM3.27 juta, disalurkan kepada 6,271 orang dalam kategori Golongan Mudah Terjejas (individu menganggur melebihi 180 hari, Orang Kurang Upaya, Penerima Faedah Sistem Insurans Pekerjaan dan Orang Asli);

iv. Selain itu, peruntukan berjumlah RM2.20 juta diagihkan kepada 6,604 orang yang terdiri daripada kategori Penggantian Pekerja Asing dan Pegawai Dagang;

v. Seterusnya peruntukan berjumlah RM2.14 juta adalah untuk 3,488 orang daripada kategori wanita yang menganggur melebihi 6 bulan serta ibu tunggal/suri rumah tidak aktif bekerja; dan

vi. Peruntukan berjumlah RM0.51 juta disalurkan kepada 899 orang dalam kategori sektor berkaitan Pelancongan.

Sekian, terima kasih.