Pertanyaan: Projek-projek mitigasi banjir yang sedang dan akan dilaksanakan untuk tahun 2022 di negeri Melaka

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]

SOALAN

Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan senarai projek-projek mitigasi banjir yang sedang dan akan dilaksanakan untuk tahun 2022 di negeri Melaka, termasuk peruntukan dan status pelaksanaan setiap projek tersebut.

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman YB, bagi Negeri Melaka sebanyak 13 projek dengan kos RM1.5 billion telah diluluskan dalam Rolling Plan 2 (RP2) tahun 2022 RMKe-12. Daripada 13 projek ini, 6 projek merupakan projek tebatan banjir yang dijelaskan seperti berikut:-

1. RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI DUYONG
i. Kos Projek ini berjumlah RM163.8 juta
ii. Tarikh Milik Tapak adalah pada 22hb Oktober 2021 dan jangkaan tarikh siap adalah pada 22hb Oktober 2024
iii. Proses pengambilan tanah sedang dijalankan yang melibatkan sebanyak 225 lot. Proses pengambilan kini adalah di peringkat permohonan Pewartaan Tanah Seksyen 4 dan Seksyen 8 secara serentak bagi mempercepatkan proses pengambilan tanah

2. RANCANGAN TEBATAN BANJIR BANDAR JASIN
i. Kos Projek ini berjumlah RM600 juta
ii. Tender telah di iklan pada 14 Mac 2022 dan akan ditutup 25 April 2022
iii. Proses pengambilan tanah telah selesai sehingga pembayaran pampasan sebanyak 358 lot dan baki lot tanah yang masih belum memasuki fasa perbicaraan adalah sebanyak 11 lot. Ini menjadikan keseluruhan lot yang terlibat adalah sebanyak 369 lot.
iv. Jangkaan mula projek adalah pada April 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.

3. RANCANGAN TEBATAN BANJIR ALOR GAJAH FASA 1
i. Kos Projek ini berjumlah RM30 juta
ii. Tender telah di iklan pada 14 Mac 2022 dan akan ditutup 24 April 2022
iii. Proses pengambilan tanah telah bermula dan kini JPS telah mengemukakan permohonan rasmi Pewartaan Tanah Seksyen 8 kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Negeri Melaka pada 22hb Oktober 2021 dan menunggu kelulusan Majils Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Sebanyak 44 lot akan terlibat dengan pengambilan tanah.
iv. Jangkaan mula projek adalah pada April 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2024

4. RANCANGAN TEBATAN BANJIR BANDAR MERLIMAU
i. Kos Projek ini berjumlah RM 36 juta
ii. Jangkaan pelawaan tender adalah pada Mac 2022
iii. Proses pengambilan tanah telah bermula dan kini JPS Malaysia telah mengemukakan permohonan rasmi Pewartaan Tanah Seksyen 4 kepada JKPTG pada 2hb September 2021 dan JKPTG telah menyiarkan warta pada 13hb Januari 2022. Sebanyak 11 lot akan terlibat dengan pengambilan.
iv. Jangkaan mula projek adalah pada Jun 2022 dang dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2024

5. RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI MELAKA FASA I
i. Kos Projek ini berjumlah RM40 juta
ii. Perunding bagi projek ini telah dilantik pada Januari 2022 dan rekabentuk terperinci bagi projek ini dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2023
iii. Jangkaan mula projek adalah pada Disember 2023 dan jangkaan siap projek adalah pada Mei 2025

6. PROJEK MENAIKTARAF KOLAM TEBATAN BANJIR KRUBONG-DURIAN TUNGGAL SEBAGAI KOLAM DWIFUNGSI UNTUK TEBATAN BANJIR DAN SUMBER AIR NEGERI MELAKA
i. Kos Projek ini berjumlah RM600 juta
ii. Pelawaan tender telah dibuat pada 6hb Disember 2021 dan tarikh tutup tender adalah pada 14hb Mac 2022.
iii. Kaedah perolehan bagi projek ini adalah Reka dan Bina Secara Tender Terbuka Pra Kelayakan yang mana Jurutera Perunding bagi melaksanakan rekabentuk terperinci projek ini akan dilantik oleh pihak kontraktor.
iv. Lantikan kontraktor dijangka akan dibuat pada Julai 2022 dan Fasa Penyediaan Rekabentuk Terperinci akan dimulakan pada Ogos 2022 dan dijangka akan mengambil masa sehingga Februari 2024 untuk disiapkan.
v. Fasa Pembinaan dijangka akan dimulakan pada Mac 2024 dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2028.

Sekian, terima kasih.