Pertanyaan: Subsidi kepada pengeluar ayam dan perancangan untuk memastikan harga dan bekalan daging ayam kekal stabil

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan :-

(a) maklumat mengenai subsidi Kementerian kepada pengeluar ayam untuk tahun 2021 dan 2022, termasuklah jumlah dan jenis subsidi, dan bilangan penerima; dan

(b) apakah perancangan Kementerian untuk memastikan harga dan bekalan daging ayam kekal stabil untuk tahun ini.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan bersetuju memberi subsidi sebanyak RM0.60/kg bagi ayam bulat dan RM0.05/biji bagi telur gred A, B dan C bermula dari 5 Februari hingga 5 Jun 2022. Usaha ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 2,061 penternak ayam pedaging dan 194 penternak ayam penelur. Jumlah keseluruhan subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan ialah sebanyak RM528.52 juta.

Selain itu, Kerajaan menyediakan bantuan kepada penternak menerusi Skim Rezeki Ternak di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12). Program ini bertujuan untuk membantu penternak kecil dan B40 meningkatkan sumber pendapatan melalui pakej bantuan berbentuk perolehan ternakan, makanan ternakan dan input peralatan ladang dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM30 juta. Sejak diperkenalkan pada tahun 2021, seramai 100 orang penternak ayam telah menerima manfaat daripada program ini dengan nilai bantuan berjumlah RM150 ribu.

Bagi memastikan harga dan bekalan daging ayam kekal stabil untuk tahun ini, Kerajaan telah mengambil langkah-langkah berikut:

(i) memberi kebenaran mengimport (approved permit – AP) kepada 36 buah syarikat untuk mengimport ayam bulat dan keratan ayam dari loji luar negara yang diiktiraf sebanyak sehingga 10,000 tan metrik sebulan bermula dari Disember 2021 hingga Mei 2022;

(ii) mengurangkan kebergantungan kepada sumber jagung import sebanyak 30% melalui program penanaman jagung bijian dalam negara secara berfasa. Projek berkeluasan 80,000 hektar ini dijangka dapat mengeluarkan jagung bijian tempatan sebanyak 1.44 juta tan metrik menjelang tahun 2032;

(iii) menjalankan aktiviti penyelidikan menerusi MARDI bagi menghasilkan bahan mentah gantian dari sumber tempatan seperti “Purafex”. Produk premium yang berasaskan isirung kelapa sawit (PKC) ini adalah hasil kajian bersama pihak Malaysian Palm Oil Board (MPOB) dan SIME Darby Plantation. Ianya sesuai digunakan dalam formulasi makanan unggas dan boleh menggantikan jagung bijian dan soybean meal sebanyak 30 hingga 45%; dan

(iv) menawarkan pinjaman mudah sebanyak RM200 juta kepada penternak melalui Agrobank bagi membantu penternak mengatasi masalah modal pusingan kewangan yang terjejas akibat kenaikan kos pengeluaran.

Sekian, terima kasih.