Pertanyaan: EIA MWEZ dan Status Pewartaan 3 Pulau di Negeri Melaka sebagai Taman Laut

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan :

(a) status pewartaan tiga pulau di negeri Melaka sebagai Taman Laut seperti mana yang diumumkan pada 2 Oktober 2021; dan

(b) bagaimanakah penambakan laut seluas 25,000 ekar di bawah Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (MWEZ) oleh Kerajaan Negeri akan memberi kesan kepada taman-taman laut tersebut.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi status pewartaan tiga pulau di negeri Melaka sebagai Taman Laut seperti mana yang diumumkan pada 2 Oktober 2021, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sedang menjalankan proses Regulatory Impact Assessment (RIA) dengan kerjasama Malaysia Productivity Corporation (MPC) bagi memastikan pewartaan ini dilaksanakan berlandaskan prinsip tadbir urus yang baik atau Good Regulatory Practice (GRP) yang digariskan dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2021; Dasar Negara Bagi Amalan Baik Peraturan. Kertas Cadangan Pewartaan telah disediakan dan akan dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Melaka. Sesi libat urus bersama pihak berkepentingan juga dilaksanakan bagi memastikan cadangan pewartaan ini mendapat sokongan dan berjalan dengan lancar.

Antara kesan-kesan penambakan laut seluas 25,000 ekar di bawah Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (MWEZ) kepada taman-taman laut tersebut adalah:

i. Sumber perikanan akan terjejas akibat kehilangan habitat semulajadi seperti terumbu karang yang amat penting sebagai kawasan pembiakan ikan. Penurunan pendaratan ikan setiap tahun dijangka berlaku kesan daripada penambakan laut kerana kawasan penangkapan ikan semakin sempit dan terhad;

ii. Mata pencarian nelayan akan terjejas kerana mereka terpaksa bergerak lebih jauh untuk mencari kawasan penangkapan ikan yang baharu dan sekaligus akan meningkatkan kos operasi (bahan api), hasil tangkapan yang diperolehi juga tidak setimpal dengan masa yang diperuntukkan di laut serta akan menimbulkan konflik antara nelayan berikutan perebutan kawasan penangkapan ikan;

iii. Keselamatan nelayan akan terancam kerana kebarangkalian berlakunya kemalangan dan tumpahan minyak adalah tinggi kerana kadar trafik marin akan bertambah dan berpotensi meningkatkan kemungkinan berlakunya kemalangan dengan vesel nelayan;

iv. Aliran sungai-sungai iaitu Sungai Lereh, Sungai Ayer Hitam, Sungai Duyong dan Sungai Kesang) akan terjejas. Sungai-sungai ini merupakan punca utama sumber air terhadap sistem pengairan tanaman padi yang berkeluasan 1836.64 hektar merangkumi Melaka Tengah (1098.96 hektar), Alor Gajah (281.42 hektar) dan Jasin (456.26 hektar); dan

v. Menjejaskan pendaratan penyu bertelur di perairan pantai khususnya dari April hingga September yang merupakan musim penyu bertelur.

MAFI berpandangan cadangan penambakan laut ini perlu dilihat dan diperhalusi semula agar tidak menjejaskan sumber dan hasil laut serta kepentingan semua pihak adalah terpelihara.

Sekian, terima kasih.