Pertanyaan: Status Penggubalan RUU Anti-Lompat Parti dan RUU Perkhidmatan Parlimen

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT
PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status penggubalan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti dan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen sepertimana yang dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik, termasuk garis masa pelaksanaan yang berkaitan.

JAWAPAN

YB DATO SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, aspek Transformasi Pentadbiran Kerajaan dan Pembaharuan Parlimen (Parliamentary Reform) adalah antara perkara-perkara yang dimeterai dalam Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan pada 13 September 2021. Selaras dengan perkara ini, cadangan untuk mewujudkan suatu peruntukan undang-undang berkaitan anti-lompat parti dan pembentangan undang-undang berkaitan perkhidmatan Parlimen bertujuan untuk memastikan reformasi dan pembaharuan dalam pentadbiran Kerajaan khususnya peranan institusi Parlimen akan terus diperkasakan.

Bagi maksud mewujudkan suatu peruntukan undang-undang berkaitan anti-lompat parti dan mengambil kira kewajaran untuk pembentangan dilaksanakan secepat mungkin, Kerajaan akan memastikan sesi libat urus yang menyeluruh diadakan bersama pihak berkepentingan, badan bukan Kerajaan, ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta rakyat agar Rang Undang-Undang baharu yang diperkenalkan mendapat sokongan semua pihak. Sesi libat urus ini juga akan memastikan hala tuju dan parameter gubalan undang-undang ini dapat ditetapkan serta tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang lain yang berkuat kuasa termasuk di peringkat negeri.

Pada ketika ini, Kerajaan sedang mengkaji undang-undang yang digunakan di peringkat Negeri, termasuk kes Mahkamah yang berlaku di beberapa negeri melibatkan pelaksanaan perundangan berkaitan lompat parti. Selain itu, Kerajaan turut meneliti model perundangan beberapa buah negara seperti India, Singapura, New Zealand dan United Kingdom melibatkan peruntukan lompat parti. Dapatan daripada kajian ini akan dibincangkan melalui sesi libat urus bi-partisan yang dijangka pada November 2021.

Selain itu, Kerajaan turut memberi fokus kepada keperluan untuk membentang dan meluluskan undang-undang berkaitan perkhidmatan Parlimen. Draf pertama Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen telah disediakan dan sedang diperhalusi bagi tujuan pemantapan Rang Undang-Undang berkenaan. Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen ini dijangka selesai digubal pada Mac tahun 2022.

Sekian, terima kasih.