Pertanyaan: Jumlah Hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang Telah Dibayar Kerajaan & Baki Hutang yang Masih Perlu Dibayar

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KE-14

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan : –

(a) jumlah hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), termasuk syarikat-syarikat lain berkaitan, yang telah dibayar oleh Kerajaan setakat ini; dan

(b) jumlah baki hutang tersebut yang masih perlu ditanggung oleh Kerajaan dan garis masa pembayaran.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Sehingga kini, Kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) telah menyalurkan bantuan kewangan kepada 1MDB sebanyak RM9.905 bilion dalam bentuk pendahuluan dan pinjaman bagi tujuan pelunasan hutang. Setakat 31 Ogos 2021, baki komitmen hutang 1MDB yang melibatkan
3 bon dan 1 sukuk adalah sebanyak RM39.658 bilion, merangkumi prinsipal sebanyak RM32.3 bilion dan faedah sebanyak RM7.358 bilion (USD1.00 = RM4.20).

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi SRC International Sdn Bhd (SRC) pula, Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah menyalurkan bantuan kewangan kepada SRC dalam bentuk geran sebanyak RM4.227 bilion bagi tujuan pelunasan pinjaman Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

KWAP pada tahun 2020 telah bersetuju untuk menstrukturkan semula kemudahan pembiayaan yang telah diberikan kepada SRC berjumlah RM4 bilion berkuat kuasa mulai tahun 2020 untuk tempoh sehingga 28 Mac 2022. Jumlah baki pinjaman SRC pada 31 Ogos 2021 adalah sebanyak RM1.437 bilion, merangkumi prinsipal dan faedah pinjaman seperti di jadual berikut:

Tarikh (28/09/2021 ) Prinsipal RM (400,000,000.00) Faedah RM (12,775,758.90) Jumlah RM (412,775,758.90)

Tarikh (28/02/2022) Prinsipal RM (400,000,000.00) Faedah RM (15,849,172.60) Jumlah RM (415,849,172.60)

Tarikh (28/03/2022) Prinsipal RM (585,015,247.72) Faedah RM (24,002,630.67) Jumlah RM (609,017,878.39)

Jumlah Keseluruhan RM 1,437,642,809.89

Sekian, terima kasih.