Pertanyaan: Status Terkini Program Perumahan Rakyat (PPR) di Klebang, Melaka & Langkah-Langkah Yang Akan Diambil Untuk Menyiapkan Projek Tersebut

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN SOALAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2021

PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah status terkini Program Perumahan Rakyat (PPR) di Klebang, Melaka, termasuk langkah-langkah yang akan diambil untuk menyiapkan projek tersebut dan garis masa yang berkaitan.

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program Perumahan Rakyat (PPR) Klebang adalah projek PPR yang dimulakan pada Februari 2016. Projek ini sepatutnya disiapkan pada Oktober 2018. Atas faktorfaktor tertentu, kontraktor telah diberi tempoh lanjutan masa sebanyak 6 kali di mana tarikh baharu projek perlu disiapkan adalah pada 22 Julai 2020. Namun, oleh kerana kontraktor masih gagal menyiapkan projek dalam tempoh lanjutan masa ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah pun mengemukakan notis penamatan kerja
kontraktor pada 1 September 2020. Prestasi kemajuan fizikal projek semasa penamatan kontrak adalah 90%.

Bagi menyiapkan projek ini, KPKT akan melantik kontraktor penyelamat. Pada masa ini, proses penilaian projek telah pun dilaksanakan dan iklan pelawaan bagi projek ini telah dikeluarkan pada 30 September 2021. KPKT menjangkakan perolehan bagi melantik kontraktor penyelamat akan dilaksanakan pada November 2021 dan kerja-kerja pembinaan dijangka akan dimulakan pada Januari 2022.

Sekian, terima kasih.