Pertanyaan: Kawalan Harga Caj Komisen Syarikat-Syarikat Penghantar Makanan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT
PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2021

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG (KOTA MELAKA) minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk mengawal harga caj komisen yang dikenakan oleh syarikat-syarikat penghantar makanan seperti Grabfood yang mengenakan caj sehingga 30% kepada kedai-kedai.

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Kementerian sedar dan mengambil maklum bahawa industri penghantaran makanan atau p-hailing ini telah mula menjadi satu keperluan utama kepada pengguna dan peniaga lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.
Mengambil kira faktor industri p-hailing yang semakin berkembang, sebarang cadangan untuk mengawal kadar caj komisen ini secara dasarnya adalah lebih mencabar dan memerlukan kajian yang menyeluruh melibatkan pelbagai Kementerian lain yang berkaitan. Walau bagaimanapun, sebagai langkah proaktif, Kementerian ini telahpun mengadakan beberapa sesi libat urus secara langsung bersama-sama dua (2) syarikat p-hailing utama di negara ini bagi membincangkan pelbagai isu termasuklah berkaitan kadar caj komisen yang dikenakan kepada vendor.

Susulan daripada sesi libat urus berkenaan, syarikat-syarikat berkenaan telah bersetuju untuk melihat semula secara keseluruhan pendekatan yang boleh diambil supaya kadar caj komisen dapat dikurangkan dan insentif tambahan ditawarkan lebih banyak kepada peniaga kecil. Kementerian juga telah merangka cadangan penambahbaikan dan penyelesaian isu-isu berkaitan perkhidmatan p-hailing yang akan dikongsi bersama syarikat berkenaan supaya satu pelan atau model perniagaan yang lebih dinamik dapat dilaksanakan. Ini adalah termasuk
cadangan pengenalan caj komisen dan pakej yang lebih fleksibel kepada vendor terutamanya dari kalangan peniaga kecil.

Pada masa yang sama, Kementerian sentiasa menggalakan lebih banyak pemain industri baharu menyertai perkhidmatan p-hailing supaya peniaga-peniaga kecil khususnya dapat mengambil peluang yang lebih baik dari segi promosi termasuklah caj komisen yang lebih rendah. Segala usaha dan inisiatif khas yang diberikan oleh syarikat p-hailing ini secara keseluruhannya akan membantu vendor yang terkesan terutamanya dalam tempoh Covid-19 ini. Kementerian ini akan sentiasa memastikan supaya vendor dan pengguna mendapat manfaat yang sewajarnya daripada syarikat p-hailing dari semasa ke semasa.

Kementerian turut memberi kerjasama yang berterusan dengan Agensi Kerajaan berkaitan dalam mencari jalan penyelesaian termasuklah Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Sesi ini adalah amat penting supaya tindakan pengawalseliaan industri p-hailing ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang untuk mencapai ekosistem perdagangan yang lebih harmoni dan inklusif.

Sekian, terima kasih.