Pertanyaan: Dasar Terkini Kerajaan Program Malaysia My Second Home (MM2H)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT
PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2021

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah dasar terkini mengenai program Malaysia My Second Home (MM2H), termasuklah sebab-sebab utama perubahan dasar
tersebut dan apakah kesan perubahan kepada penduduk MM2H yang sedia ada di Malaysia.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Mohon izin supaya soalan daripada YB Kota Melaka ini dijawab bersekali dengan soalan daripada YB Cheras memandangkan kedua-dua soalan yang diutarakan menyentuh isu yang sama iaitu mengenai penambahbaikan dasar Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah bersetuju dengan penambahbaikan dasar dan syarat-syarat penyertaan baharu Program MM2H sebagai salah satu strategi untuk membantu pelaksanaan Program Pemulihan Negara (PPN) bagi menjana semula ekonomi negara.
Sehubungan itu, sepertimana yang telah diumumkan dalam sidang media yang diadakan pada 11 Ogos yang lepas,

Program MM2H akan diaktifkan semula dan permohonan baharu akan diproses serta dikendalikan oleh
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mulai Oktober 2021, iaitu setelah semua proses berkaitan perundangan selesai.

Antara penambahbaikan syarat-syarat penyertaan program adalah seperti berikut:

(i) keberadaan atau kemastautinan di Malaysia adalah sekurang-kurangnya selama 90 hari (kumulatif) dalam setahun;

(ii) pendapatan luar negara (offshore income) peserta MM2H sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan, berbanding RM10,000 sebelum ini;

(iii) pemilikan akaun simpanan tetap sekurang-kurangnya RM1 juta dan pengeluaran maksimum sebanyak 50% dibenarkan ke atas nilai prinsipal bagi tujuan pembelian hartanah, kesihatan dan pendidikan anak-anak;

(iv) umur pemohon yang layak memohon Program MM2H dipecahkan kepada 2 kategori pemohon iaitu:

(a) Umur 35 tahun sehingga 49 tahun; dan
(b) (2) Umur 50 tahun dan ke atas;

Kumpulan umur 35 tahun sehingga 49 tahun dikenakan syarat tambahan sebagai aspek kawalan seperti berikut:

(a) keberadaan dan kemastautinan di Malaysia sekurangkurangnyas elama 90 hari dalam setahun (kumulatif)
mestilah dipenuhi sama ada oleh pemohon atau pasangan; dan

(b) bagi setiap tanggungan yang terdiri daripada pasangan dan anak-anak pemohon serta ibu bapa dan ibu bapa mertua pemohon, sebanyak RM50,000 bagi setiap tanggungan hendaklah ditambah ke atas pemilikan akaun simpanan tetap seperti di syarat (iii). Pengeluaran 50% juga dibenarkan bagi tujuan perbelanjaan pendidikan, kesihatan dan pembelian hartanah.

(v) tempoh Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang Program MM2H adalah 5 tahun dan boleh dilanjutkan selama 5 tahun dan seterusnya selagi peserta berminat tertakluk kepada memenuhi syarat permohonan, berbanding 10 tahun sebelum ini;

(vi) pengisytiharan aset cair sekurang-kurangnya RM1.5 juta;

(vii) kadar fi pas dari RM90 dinaikkan kepada RM500 setahun dan fi proses dikenakan sebanyak RM5,000 bagi prinsipal serta RM2,500 bagi setiap tanggungan;

(viii) pembaharuan pas, pertukaran prinsipal, pertukaran kewarganegaraan peserta dan tanggungan juga perlu
menjalani dan lulus tapisan keselamatan;

(ix) keperluan mengemukakan Sijil Berkelakuan Baik (Letter of Good Conduct) untuk semua peserta dan tanggungan. Penambahbaikan dasar Program MM2H yang telah dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

(i) pengenalan siling bilangan peserta (prinsipal dan tanggungan) pada satu-satu masa iaitu tidak melebihi 1% daripada jumlah warganegara Malaysia;

(ii) permohonan daripada kategori pekerjaan berkemahiran rendah dan sektor keselamatan tidak dipertimbangkan;

(iii) pemantauan dan penguatkuasaan diadakan secara berkala oleh agensi penguatkuasaan; dan

(iv) mewujudkan satu sistem secara dalam talian bagi tujuan permohonan, pemprosesan dan pangkalan data profil peserta MM2H dan tanggungan.

Penambahbaikan terma dan syarat penyertaan akan dilaksanakan dan berkuat kuasa bagi permohonan baharu dan permohonan pelanjutan bagi peserta sedia ada yang telah tamat tempoh sah Program MM2H. Sebagai memberi ruang persediaan kepada permohonan pelanjutan oleh peserta sedia ada, tempoh pelanjutan bersyarat selama 1 tahun boleh diberikan bagi membolehkan peserta Program MM2H memenuhi syarat penyertaan baharu.

Kerajaan juga sentiasa komited dan cakna dalam memperkasakan Program MM2H. Sehubungan itu, Kerajaan telah menambah baik dasar program ini berdasarkan faktor-faktor berikut:

(i) hala tuju pertumbuhan ekonomi serta kepentingan strategik negara dalam mendepani cabaran baharu;

(ii) selepas 18 tahun pelaksanaan Program MM2H, dasar sedia ada tidak pernah disemak;

(iii) supaya penandaarasan dibuat dengan negara-negara lain seperti Australia, Singapura, Portugal, Vietnam, Thailand dan Filipina bagi memastikan dasar Program MM2H adalah kompetitif dan mampu menarik permohonan dari kalangan peserta yang berkualiti serta mampu memberikan sumbangan yang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia;

(iv) Laporan Ketua Audit Negara pada 6 Oktober 2020 antara lain mendapati keberhasilan dan keberkesananan Program MM2H dalam merangsang ekonomi tidak dapat dinilai secara holistik dan pemantauan program hanya berfokus kepada kelulusan penyertaan peserta baharu dan penambahbaikan dasar program. Tiada mekanisme pemantauan terhadap keseluruhan pelaksanaan program diwujudkan; dan

(v) menyediakan perkhidmatan melalui sistem dalam talian dalam memudahkan proses permohonan selaras dengan perkembangan sistem teknologi maklumat.

Kerajaan menjangkakan tiada perubahan atau kesan ke atas peserta MM2H yang sedia ada di Malaysia dengan penambahbaikan dasar program MM2H. Kerajaan yakin bahawa Program MM2H akan tetap mendapat
tempat bagi warganegara asing yang berminat dan memenuhi kriteria mengikut syarat-syarat baharu.