Rakyat harus membuat penilaian sendiri terhadap tahap risiko yang dihadapi

Semalam kerajaan telah umumkan bahawa dine-in dibenarkan untuk semua negeri termasuk yang berapa dalam Fasa 1 pelan pemulihan. Ini adalah terhad kepada mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin.

Pada masa yang sama, KP Kesihatan mengeluarkan kenyataan bahawa pembukaan ini adalah atas sebab ekonomi, bukannya kesihatan.
Di Melaka, kadar vaksinasi lengkap untuk populasi ialah 30.7%. Kadar penggunaan katil ICU masih sangat tinggi. Begitu juga dengan bilangan kes di Melaka. Semalam sebanyak 737 kes baharu.
Ada beberapa kedai makan yang mengambil keputusan untuk tidak buka secara dine-in atas faktor keselamatan. Lebih-lebih lagi, bukan semua pekerja yang sudah lengkap divaksin.
Saya rasa dalam masa beberapa minggu yang akan datang, kerajaan akan terus membuka sektor ekonomi tanpa mengambil kira tahap jangkitan.

Pembukaan semula ekonomi memang amat diperlukan. Tetapi pada masa yang sama saya berharap para individu boleh membuat penilaian sendiri terhadap tahap risiko yang dihadapi, dan buat keputusan berdasarkan keperluan dan keselamatan masing-masing.