PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]
SOALAN
TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
a) berapakah laporan yang diterima oleh pihak berkuasa mengenai kesalahan beli undi/rasuah semasa pilihan raya negeri Sabah; dan
b) apakah status penyiasatan kes dua anggota pasukan keselamatan yang ditahan oleh SPRM pada 22 September 2020 di Sabah kerana disyaki membeli undi.
JAWAPAN
YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)
a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPRM telah menerima 2 laporan berkenaan rasuah dan salahgunakuasa semasa Pilihan Raya Negeri Sabah yang telah diadakan pada 26 September 2020.
b) Berkaitan status penyiasatan kes dua anggota pasukan keselamatan, pihak SPRM sedang menjalankan siasatan berkenaan kes 2 anggota pasukan keselamatan yang telah ditahan pada 22 September 2020 di Sabah. Buat masa ini, pihak SPRM sedang menjalankan siasatan dan tidak dapat mendedahkan butiran siasatan tersebut.
Sekian, terima kasih.

