Hasil penyiasatan PAC menunjukkan bahawa Najib Razak sememangnya seorang kleptokrat yang tidak menghormati undang-undang

Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di parlimen hari ini mengesahkan bahawa Najib Razak dan kerajaan yang lalu telah, secara asasnya, merompak RM19.4 bilion yang sepatutnya digunakan untuk pembayaran balik cukai GST.

Khususnya, laporan tersebut mengesahkan tiga kesalahan besar yang telah dilakukan oleh Najib dan kerajaan yang lalu.

(1) Adakah pembayaran balik GST dilambatkan kerana PRU14?

Pertama, siasatan PAC mengesahkan bahawa terdapat kekurangan terkumpul sebanyak RM19.4 bilion akibat daripada keengganan Kementerian Kewangan untuk meluluskan wang pembayaran balik GST yang dipohon oleh Jabatan Kastam.

Sepertimana yang tertera di dalam laporan PAC, pada tahun 2015 dan 2016, jumlah wang pembayaran balik yang dipohon oleh Jabatan Kastam ialah masing-masing sebanyak RM9.969 bilion dan RM20.764 bilion. Untuk kedua-dua tahun tersebut, kerajaan telah memenuhi permohonan Jabatan Kastam, dimana RM9.969 bilion and RM20.164 bilion telah diluluskan dan dipindah ke dalam Akaun Pembayaran Balik GST pada tahun 2015 dan 2016 masing-masing.

Tetapi, jurang yang besar mulai muncul pada tahun 2017 da 2018. Pada tahun 2017, Jabatan Kastam telah memohon RM38.000 bilion untuk pembayaran balik GST tetapi hanya RM25.300 bilion sahaja yang telah diluluskan. Pada tahun 2018, jumlah yang dipohon sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ialah RM13.285 tetapi hanya RM5.800 bilion sahaja yang telah diluluskan.

Adakah Najib dan kerajaan yang lama telah secara sengajanya melambat-lambatkan pembayaran balik GST pada tahun 2017 dan 2018 untuk membolehkan wang tersebut digunakan untuk PRU14? Memang diketahui umum bahawa pada PRU14 yang lepas, Barisan Nasional (BN) telah banyak menyalahgunakan wang dan sumber kerajaan untuk tujuan politik.

Sebagai contoh, Najib dan kerajaan yang lalu telah membayar RM30 juta kepada pekerja-pekerja DRB-Hicom pada April 2018 walaupun parlimen pada ketika itu telah dibubarkan.

Pelbagai lagi program dan projek yang bersifat pemberian (handout) telah diluluskan sebelum PRU14 untuk mempengaruhi pengundi. Perkara ini sudah pasti secara tidak langsung telah menyebabkan kerajaan tidak dapat menunaikan pembayaran balik GST.

(2) Menyalahi undang-undang kerana mengakaunkan wang daripada kutipan cukai GST secara terus ke dalam Kumpulan Wang Hasil Disatukan

Kedua, laporan PAC mengesahkan bahawa, menurut Seksyen 52(2) Akta GST 2014, wang yang dikutip daripada GST mesti diletakkan ke dalam Akaun Pembayaran Balik GST yang berfungsi sebagai sebuah akaun amanah. Najib dan kerajaan yang lalu tidak mematuhi peruntukan ini kerana wang yang dikutip daripada GST telah diakaunkan secara terus ke dalam Kumpulan Wang Hasil Disatukan.

Najib telah cuba mempertahankan tindakan ini dengan menggunakan Seksyen 54(5) Akta GST 2014, yang memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk mengarahkan pemindahan wang daripada Akaun Pembayaran Balik GST ke dalam Kumpulan Wang Hasil Disatukan.

Justifikasi ini sememangnya tidak sah kerana wang yang dikutip daripada GST mesti dibayar ke dalam Akaun Pembayaran Balik GST terdahulu sebelum dipindahkan ke Kumpulan Wang Hasil Disatukan, bukannya secara terus ke dalam Kumpulan Wang Hasil Disatukan.

Di dalam laporan PAC, Peguam Negara turut menyatakan bahawa tindakan meletakkan wang GST secara terus ke dalam Kumpulan Wang Hasil Disatukan ini adalah bertentangan dengan Akta GST 2014 dan prinsip-prinsip asas keamanahan dari segi undang-undang dan perakaunan.

(3) Merompak dan menyalahgunakan wang pembayaran balik GST

Ketiga, laporan PAC mengesahkan bahawa yang untuk pembayaran balik GST telah digunakan untuk perbelanjaan kerajaan yang lain. Najib dan mantan ketua setiausaha Perbendaharaan, Irwan Serigar, mengaku kepada PAC bahawa jumlah pembayaran balik GST hanya akan ditetapkan setelah memenuhi keperluan aliran tunai untuk urusan perbelanjaan kerajaan.

Ini merupakan pengakuan jelas bahawa wang pembayaran balik GST telah dirompak kerana pada asasnya wang pembayar cukai telah ditahan dan diambil secara paksa.

Melalui kaedah ini, Najib dan kerajaan yang lalu telah berjaya memperolehi modal percuma tanpa faedah untuk kegunaan mereka. Pada masa yang sama, pembayar cukai terpaksa menanggung kesan tidak medapat pembayaran balik cukai GST.

Kesimpulannya, tindakan-tindakan Najib mencerminkan simptom seorang kleptokrat yang langsung tidak menghormati peruntukan undang-undang. Hasil siasatan PAC menunjukkan Najib telah melanggar amanah yang diberikan oleh para pembayar cukai dengan merompak dan menyalahgunakan wang pembayaran balik cukai GST.

Saya bersetuju dengan pandangan Peguam Negara bahawa isu ini terbuka kepada suatu penyiasatan jenayah, dan oleh itu saya menyeru agar pihak polis dan pihak-pihak berkuasa yang lain mengambil tindakan dengan segera.

Khoo Poay Tiong
Ahli Parlimen Kota Melaka

The findings of the PAC report show that Najib Razak is indeed a kleptocrat who has zero regards for the rule of law

The Public Accounts Committee’s (PAC) report which has been tabled in parliament today confirms that Najib Razak and the previous government has, in substance, stolen the RM19.4 billion meant for GST refunds.

Specifically, the report confirms three major wrongdoings by Najib and the previous government.

(1) Were the GST refunds delayed because of GE14?

First, the PAC investigation confirms that there was an accumulated shortfall of RM19.4 billion for GST refunds because the Finance Ministry did not approve the full amount requested by the Customs Department for GST refunds.

As the PAC report shows, in 2015 and 2016, the additional amount requested by the Customs Department for GST refunds were RM9.969 billion and RM20.764 billion respectively. Interestingly, the government was able to fulfil the requests during these two periods as RM9.969 billion and RM20.164 billion were approved and transferred into the GST Refund Fund in 2015 and 2016 respectively.

However, big gaps started appearing in 2017 and 2018. In 2017, the Customs Department requested for RM38.000 billion for GST refunds but only RM25.300 billion was approved and transferred. In 2018, the amount requested before the 14th General Elections (GE14) was RM13.285 billion, but only RM5.800 billion was approved and transferred.

Did Najib and the previous government intentionally delay GST refunds in 2017 and 2018 in order to use the funds for GE14? It is no secret that Barisan Nasional (BN) has misused government resources to gain political mileage during GE14.

For example, Najib and the previous government paid out RM30 million to DRB-Hicom workers in April 2018 even though parliament had been dissolved.

Numerous other handout programmes and projects were approved leading up to GE14 in order to induce voters. Inevitably, this would have contributed to the government’s inability to fulfil the GST refunds.

(2) Illegally putting moneys collected from GST directly into the Consolidated Revenue Account

Second, the PAC report affirms that, in accordance to Section 54(2) of the GST Act 2014, moneys collected from GST must be put into a specific GST Refund Account which functions as a trust fund. Najib and the previous government did not adhere to this as the moneys collected from GST were instead put directly into the Consolidated Revenue Account.

Najib sought to defend his action by suggesting that he had used his power under Section 54(5) of the GST Act 2014, which empowers the Finance Minister to authorise the transfer of funds from the GST Refund Account into the Consolidated Revenue Account.

This is clearly a false justification because moneys collected from GST must first be transferred to the GST Refund Fund before being transferred into the Consolidated Revenue Account, not directly into the Consolidated Revenue Account.

In the PAC report, the Attorney General has also affirmed that the act of depositing moneys collected from GST directly into the Consolidated Revenue Account is against the GST Act 2014 and the fundamental principles of trust in law and accounting.

(3) Stealing and misusing funds intended for GST refunds

Third, the PAC report confirms that the moneys for GST refund were used for other government expenses. Najib and the former secretary general of the Treasury, Irwan Serigar, admitted to the PAC that the amount of GST refunds will only be decided after fulfilling the government’s cash flow needs for operating expenditure.

This is a clear admittance that the moneys for GST refund were stolen because it is in effect taking and withholding money from tax payers by force.

Through this, Najib and the previous government was able to enjoy interest-free capital at the expense of tax payers who had to bear the consequences of not receiving their refunds.

In summary, Najib’s actions were symptomatic of a kleptocract who has zero regards for the rule of law. The findings of the PAC report show that he has breached the trust of taxpayers by stealing and misusing the moneys intended for GST refunds.

I strongly agree with the view of the Attorney General that this issue is open for further criminal investigation, and I therefore urge the police and any other relevant authorities to take action immediately.

Khoo Poay Tiong
MP Kota Melaka