Tengku Zafrul mengesahkan hutang negara melebihi RM1 trilion

Menteri Kewangan daripada kerajaan Perikatan Nasional mengesahkan bahawa hutang negara adalah melebihi RM1 trillion.

Dalam sebuah sidang media di Putrajaya semalam, Tengku Zafrul Aziz berkata bahawa jumlah ini meliputi hutang, pinjaman, dan pinjaman tanpa sumber pembayaran balik seperti hutang 1MDB, 1MDB Energy, SRC International dan sebagainya.

Beliau turut berkata bahawa kerajaan terdahulu telah melaksanakan perbelanjaan secara “off-budget”, iaitu tanpa diperuntukkan dalam belanjawan tahunan.

Beliau memberi contoh hutang Private Finance Initiative (PFI) berjumlah RM48 bilion. Pembiayaan PFI ini giat dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan pada ketika itu.

Masalah beban hutang ini pernah didedahkan oleh kerajaan Pakatan Harapan ketika mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan pada tahun 2018.

Namun, para pemimpin Barisan Nasional pada ketika itu menuduh Pakatan Harapan mengelirukan keadaan.

Kebenaran akhirnya terbukti apabila perkara ini disahkan semula oleh Tengku Zafrul.

Beliau juga menyatakan bahawa komitmen pembayaran balik liabiliti tersebut dianggarkan melebihi RM20 bilion setahun untuk 5 tahun akan datang, atau sekurang-kurangnya RM100 bilion.

Beban hutang ini dijadikan sebab mengapa kerajaan Perikatan Nasional perlu menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk membeli vaksin Covid-19.

Namun, masih tertimbul persoalan sama ada kerajaan wajar menggunakan wang simpanan daripada KWAN, kerana parlimen telah meluluskan RM17 billion sebagai Kumpulan Wang Covid-19 dalam Belanjawan 2021.