Program Food Bank Kota Melaka telah diteruskan dengan jaya pada 9 Januari 2021.
Sejak ditubuhkan pada bulan September 2021, Food Bank tersebut telah membantu lebih 500 keluarga perpendapatan rendah.
Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, berkata bahawa Food Bank ini ditubuhkan kerana banyak penduduk tempatan yang terkesan oleh Covid-19.
“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan, kita mendapati banyak orang yang kehilangan kerja dan sumber pendapatan, khususnya mereka yang bekerja sendiri.
“Ada juga ramai yang dihentikan kerja atau dipotong gaji,” jelas beliau.
Tujuan Food Bank Kota Melaka adalah supaya tidak ada keluarga yang kelaparan di kawasan Kota Melaka.
Melalui program ini, keluarga yang berkeperluan akan menerima bakul makanan yang mengandungi bahan-bahan dapur asas seperti beras, biskut, dan sardin.
Khoo berharap agar inisiatif ini dapat meringankan beban masyarakat di kawasan parlimen Kota Melaka.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para sukarelawan yang telah turun membantu dalam menjayakan insiatif ini.
Permohonan untuk bantuan Food Bank Kota Melaka boleh dibuat secara atas talian di: www.kotamelaka.com/foodbank

