Kita telah melangkah ke tahun 2021, tetapi Covid-19 masih merupakan ancaman utama di Malaysia.
Sekarang jumlah kes baharu setiap hari adalah sekitar 1000-2000 kes. Tidak lama lagi, jumlah kes mungkin mencecah 3000 sehari. Dalam masa 6 bulan lagi bagaimana pula?
Kerajaan kelihatan tidak mempunyai perancangan atau strategi untuk menangani Covid-19.
PKPB telah dilanjutkan, tetapi adakah ia berkesan dan dikuatkuasakan dengan baik? Pergerakan rentas negeri telah dibenarkan. Sekolah dijadualkan buka semula pada 21 Januari. Banyak sektor hiburan dan sosial juga telah dibenarkan.
Kita faham dan bersetuju bahawa sektor ekonomi juga sangat penting. Tetapi perlu adanya keseimbangan antara kepentingan ekonomi dan kesihatan awam seperti yang dititikberatkan sebelum ini.
Jika tidak, sektor ekonomi juga akan terkesan dalam jangka masa panjang. Ramai rakyat Malaysia yang akan kehilangan nyawa.
Covid-19 tidak akan berakhir pada tahun ini. Kerajaan harus lebih teliti dalam isu ini.
Pada masa yang sama, rakyat perlu #KitaJagaKita. Yang paling penting ialah face mask dan sosial distancing.

