Pertanyaan: Status Inisiatif Malaysians@Work / MalaysiaKerja

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KE-14

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]
TARIKH : 1 DISEMBER 2020 (SELASA)

SOALAN
TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kadar pengangguran semasa di Malaysia, khasnya di kalangan graduan, dan sama ada Kerajaan akan meneruskan inisiatif Malaysians@Work seperti yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Belanjawan 2020, dan jika tidak, mengapakan inisiatif itu tidak diteruskan.

JAWAPAN

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 30 tahun mencatatkan penurunan yang memberangsangkan apabila buat pertama kalinya turun di bawah paras sembilan peratus sejak April 2020 iaitu pada 8.9 peratus atau 502,300 orang pada September 2020. Kadar pengangguran keseluruhannya kini pada kadar 4.6 peratus, iaitu pengurangan daripada 5.3 peratus yang direkodkan pada bulan Mei.

2. Dengan pasaran buruh yang lemah sekarang, graduan baharu dan lepasan sekolah akan menghadapi cabaran untuk mendapat peluang pekerjaan tetap. Inisiatif MalaysiaKerja atau Malaysians@Work tidak akan diteruskan dan telah dikaji semua disebabkan penularan COVID-19 dan digantikan dalam Belanjawan 2021 dengan Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) yang melibatkan penyediaan 500 ribu peluang pekerjaan baharu termasuk pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan semula melalui perbelanjaan Kerajaan sebanyak 3.7 bilion ringgit.

3. Antara lain, Skim JanaKerja merangkumi, inisiatif pengambilan pekerja di bawah PERKESO yang kini dikenali sebagai PenjanaKerjaya, pemerkasaan program peningkatan kemahiran dan latihan semula atau reskilling and upskilling serta inisiatif MySTEP atau Short-term Employment Programme.

4. Selain itu, mana-mana majikan yang mengambil pekerja dalam kalangan graduan untuk menyertai program perantisan layak mendapatkan insentif sebanyak RM1,000 sebulan sehingga 3 bulan bagi setiap graduan baharu yang menyertai program berkenaan. Sebagai tambahan, majikan juga boleh menuntut geran sehingga RM4,000 untuk program latihan perantis. Program ini dijangka memanfaatkan sehingga 50 ribu graduan baharu dengan peruntukan 250 juta ringgit