Pertanyaan: Penjana Tourism Financing (PTF) – jumlah permohonan yang diluluskan/ditolak dan sebab-sebab berkaitan

NO SOALAN : 10

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2020

PERTANYAAN LISAN DARIPADA : YB TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

TARIKH : 2 NOVEMBER 2020 (ISNIN)

SOALAN TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan

(a) jumlah permohonan yang telah diterima dan diluluskan/ditolak dibawah PENJANA Tourism Financing, termasuklah maklumat mengenai jumlah syarikat, pecahan jenis perniagaan atau subsektor, dan sebab-sebab utama permohonan ditolak; dan

(b) respon, cabaran-cabaran, dan keberkesanan skim ini dalam menyokong industri pelancongan Malaysia.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

  1. Sepertimana yang telah diumumkan, program Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA atau PTF berjumlah RM1bilion ini menyediakan pembiayaan sehingga RM300,000 untuk Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) dan sehingga RM75,000 untuk perusahaan mikro dalam sektor teras pelancongan dan sektor berkaitan pelancongan dengan kadar faedah yang rendah serta tempoh pembiayaan sehingga tujuh (7) tahun.
  1.  PTF disasar untuk membantu PKS dan perusahaan mikro di dalam sektor pelancongan mengekalkan kemampuan mereka dan membantu mereka melakukan pelaburan yang diperlukan untuk menyesuaikan diri dan kekal berdaya maju di pada waktu yang sukar ini akibat penularan wabak COVID-19.
  1.  Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), sehingga 14 Oktober 2020, sejumlah 397 permohonan Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA atau PTF telah diterima. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 148 permohonan telah diluluskan dengan keseluruhan pembiayaan berjumlah RM28.8 juta.
  1.  Secara keseluruhan, majoriti pemohon yang diluluskan adalah

(a) agensi dan pengusaha pelancongan (sebanyak 55%)

(b) restoran dan hotel (sebanyak 27%);

(c) perniagaan pertukaran wang (sebanyak 5%);

(d) pengangkutan untuk pelancong (sebanyak 5%); dan

(e) lain-lain termasuklah perniagaan runcit termasuk membabitkan industri kraf, aktiviti rekreasi, ekosistem mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) serta pelancongan perubatan (mewakili 8% daripada jumlah permohonan yang diluluskan).

  1.  Berdasarkan makluman yang diterima daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat dengan program PTF ini, antara sebab permohonan yang tidak berjaya adalah kerana ketidakupayaan pemohon untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh bank dan/atau Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan. Sebagai contoh, nilai bersih syarikat yang negatif, rancangan perniagaan yang kurang memuaskan, Nisbah Khidmat Hutang (debt service ratio) yang rendah dan pemohonberhadapan dengan kes mahkamah yang masih dalam perbicaraan.
  1. Bagi memastikan inisiatif Kerajaan ini dimanfaatkan sepenuhnya kepada golongan yang disasarkan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dari masa ke semasa giat berinteraksi dengan pemain industri pelancongan dan kebudayaan tempatan untuk mendapatkan juga maklum balas dan penerimaan mengenai PTF ini dari sudut pandangan pihak mereka, termasuklah kesedaran atau pengetahuan mereka mengenai ketersediaan PTF ini, kriteria-kriteria yang diperlukan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka.
  1.  Pada masa yang sama, maklum balas yang diterima juga akan dikongsi dengan agensi-agensi berkaitan seperti BNM dan institusi-institusi kewangan yang terlibat untuk menilai dan menambahbaik inisiatif ini, sekiranya perlu.

Sekian, terima kasih.