ParlimenMingguIni: #1 Pembukaan Mesyuarat ke-3 (2020) Penggal ke-3 Parlimen ke-14

Parlimen Malaysia kembali bersidang bagi mesyuarat ke-3 untuk penggal ke-3 Parlimen yang ke-14.

Sidang Dewan Rakyat pada kali ini adalah amat mustahak bagi pembentangan Belanjawan 2021  pada hari ini. Belanjawan 2021 sudah tentu menjadi tumpuan semua di saat negara kita turut terkesan dengan teruknya apabila KDNK Malaysia dilaporkan menguncup pada paras yang sangat rendah iaitu -17.1% pada suku ke-2 2020 dan dijangkakan akan terus menguncup bagi suku 3 & 4 tahun 2020.

Justeru itu, pembentangan Belanjawan 2021 akan menjadi tumpuan ramai bagi melihat insiatif kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi memulihkan semula ekonomi negara di saat penularan wabak COVID-19.

Sepanjang minggu ini, saya telah terlibat dalam perbahasan di Dewan Rakyat melibatkan dua soalan lisan yang saya ajukan kepada Menterian Pelancongan dan Perdana Menteri. Selain itu, saya turut terlibat dalam sesi kamar khas.

Soalan pertama saya yang diajukan kepada Menteri Pelancongan berkenaan skim PENJANA Tourism Financing (PTF) melibatkan jumlah permohonan dan maklumat-maklumat yang berkaitan.Unutk makluman semua, PTF merupakan sebuah program yang dilancarkan oleh kerajaan untuk sektor pelancongan. Melalui program ini, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) boleh memohon pinjaman sehingga RM300,000 daripada bank.

Jawapan yang diberikan oleh Menteri menyebut, setakat 14 Oktober 2020, hanya 397 permohonan telah diterima dan 148 diluluskan dan melibatkan jumlah pembiayaan sebanyak RM28.8 juta berbanding dengan jumlah peruntukan yang amat besar iaitu sebanyak RM 1 billion. Jawapan ini membangkitkan lebih banyak persoalan yang lebih besar iaitu mengapa hanya 2.88% daripada keseluruhan peruntukan telah digunakan setakat 14 Oktober 2020 sedangkan sektor pelancongan di negara ini teruk dihempas badai Covid-19.

Persoalan lain yang turut berbangkit melibatkan keberkesanan skim PTF ini bagi menghidupkan semula sektor pelancongan? Bagaimana skim ini dapat dimanfaatkan oleh para pemain-pemain kecil dan sederhana dalam sektor pelancongan yang paling teruk terkesan sejak 6 bulan yang lepas? Dengan peruntukan yang besar sudah semestinya keberkesananya perlu seiring dengan perbelanjaan yang telah dikeluarkan.

Menurut maklum balas daripada beberapa PKS kepada saya, skim ini amat sukar untuk mendapat kelulusan kerana ia diproses oleh bank-bank mengikut kriteria yang amat ketat selain daripada jawapan Menteri yang turut mengesahkan perkara ini. Nilai bersih syarikat negatif, rancangan perniagaan yang kurang memuaskan, dan nisbah Khidmat Hutang yang rendah menjadi alasan mengapa permohonan PKS sukar untuk diluluskan walhal masalah ini akan berterusan selagi kemasukan pelancong terus berkurangan.
Skim PTF ini mungkin dapat membantu sebilangan kecil PKS, tetapi kurang berkesan secara keseluruhannya kerana pada asasnya ia merupakan suatu pinjaman. Ramai PKS sekarang tidak mampu atau tidak yakin untuk mengambil pinjaman untuk meneruskan perniagaan. Sebaliknya, apa yang diperlukan adalah moratorium pinjaman dan subsidi upah pekerja untuk sekurang-kurangnya 6 bulan lagi. Ini penting bagi membolehkan PKS menstabilkan keadaan kewangan mereka dan merancang untuk jangka masa yang lebih panjang.
Soalan Kedua saya pula berkenaan dengan kes judi atas talian Macau Scam serta tindakan yang telah diambil terhadap sindiket ini terutamanya di negeri Melaka.
Namun yang demikian, jawapan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) tidak menyakinkan selain hanya menyebut siasatan masih lagi berlangsung. Justeru itu, saya akan mengusulkan sepucuk surat bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.
Seruan saya kepada kerajaan hari ini, kes judi atas talian terutamanya Macau Scam ini bukanlah baru dan menjadikan rakyat biasa sebagai mangsanya. Oleh itu, tindakan yang lebih drastik dan berkesan perlu segera diambil oleh pihak berwajib bagi membendung masalah ini. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.
Akhir sekali, saya turut terlibat dalam sesi kamar khas dengan mengajukan soalan mengenai perkembangan projek naik taraf Pintu Kawalan Air Sungai Melaka.
Soalan saya telah dijawab oleh Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, yang menyatakan bahawa status bagi kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih stesen pintu kawalan air ataupun barrage muara Sungai Melaka ini adalah dalam peringkat pelaksanaan kerja-kerja awalan, bermakna kerja sudah dijalankan.
Disamping itu, Timbalan Menteri juga memaklumkan Surat Setuju Terima ataupun SST kepada pihak kontraktor yang telah terpilih dikeluarkan pada 15 September 2020 dan pada masa ini, kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih stesen pintu kawalan air ini telah bermula pada 8 Oktober 2020 dan dalam peringkat pelaksanaan kerja-kerja awalan seperti membuat pembersihan tapak. Projek ini dijangka siap, timeline dijangka siap pada 7
Disember 2021.
Semoga dengan perkhabaran ini, masalah banjir kilat dan masalah-masalah lain yang berkenaan dapat diselesaikan usai penyiapan projek ini.