KOTA MELAKA, 2 NOVEMBER 2020 – YB Khoo Poay Tiong telah menyerahkan sumbangan cermin mata kepada dua orang pelajar SK Telok Mas pada hari Sabtu yang lalu.
Sumbangan cermin mata ini adalah bagi membantu dua orang pelajar sekolah rendah yang mengalami masalah penglihatan serta memudahkan mereka utuk belajar.
Kedua-dua pelajar ini merupakan sepasang kembar dan anak kepada ibu bapa yang terjejas perniagaan kecil disebabkan oleh penularan wabak Coivd-19.
“Penularan wabak Covid-19 membuatkan kita semua sedar akan kesempitan yang dirasai oleh para pelajar melibatkan akses kepada internet, komputer riba dan juga cermin mata” kata Poay Tiong.

Tambah Khoo Poay Tiong lagi, masalah yang dialami oleh kedua-dua pelajar ini tidak wajar untuk dipandang enteng kerana mereka juga turut terkesan disebabkan oleh Covid-19 dan perlu belajar dari rumah atau mengikuti SOP di sekolah.
“Apabila mereka perlu mematuhi SOP di sekolah dan menjaga jarak ketika duduk di dalam kelas, maka masalah penglihatan mereka akan menganggu mereka untuk menumpukan perhatian di dalam kelas serta akhirnya mampu menjejaskan prestasi akademik mereka” tambah Poay Tiong lagi.
Sumbangan cermin mata ini ditaja oleh AXIS eyewear dan diserahkan sendiri oleh YB Khoo Poay Tiong.
