Seperti minggu-minggu sebelum ini, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka tanpa mengenal penat lelah terus menaburkan khidmat bakti kepada setiap lapisan penduduk di Parlimen Kota Melaka.
Sejak minggu lalu, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka telah turun ke lapangan bagi membantu para pemilik perusahaan kecil dan sederhana bagi mendaftar Geran Khas Prihatin.
Melalui Geran Khas Prihatin ini, para peniaga akan menerima bantuan RM 3,000 secara one-off daripada kerajaan bagi meringankan beban mereka sepanjang penularan pandemik Covid-19.
Penjaja dan peniaga kedai makan antara yang paling banyak mendaftar sepanjng dua minggu ini.
Pada minggu lepas, YB Khoo Poay Tiong bersama-sama dengan pegawai-pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka telah turun ke kawasan-kawasan perniagaan di sekitar DUN Duyong, DUN Kesidang, DUN Kota Laksamana dan DUN Bandar Hilir.

Manakala pada minggu ini, pada hari Isnin pula YB Khoo Poay Tiong telah turun sendiri ke Jonker Street bagi memberikan penerangan dan mendaftarkan para penjaja di sana mengenai GKP. Sambutan yang amat menggalakkan diberikan oleh para penjaja di sana.

Selanjutnya pada hari Selasa pula, para pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka yang diketuai oleh Encik Hairil Anuar dan Encik Low Wei Xuan telah turun ke DUN Telok Mas bagi membantu para penjaja kecil dan pengusaha gerai makan bagi mendaftar GKP. Sekali lagi, sambutan yang memberansangkan telah diberikan oleh semua.


Selain itu, urusan-urusan kebajikan juga turut berlangsung seperti biasa dengan menyantuni rakyat yang memerlukan dalam kesusahan.
Melalui Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka, Encik Hairil Anuar Samat bersama-sama dengan rakan-rakan ARiF telah menyampaikan sumbangan katil mudah alih bagi seorang pesakit barah tahap 4 yang menetap di Telok Mas, Melaka. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban yang dirasai oleh pesakit tersebut.

Selain itu, pada minggu ini juga Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka turut menyampaikan sumbangan bekalan makanan kepada seorang ibu tunggal yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Sumbangan bekalan makanan ini adalah sebahagian daripada inisiatif Food Bank Kota Melaka yang telah dianjurkan sejak bulan September lagi. Semoga bantuan ini dapat meringakan beban ibu tunggal tersebut.

Semoga usaha-usaha yang dijalankan ini dapat diteruskan dan diperluaskan kepada semua penduduk di Parlimen Kota Melaka.