KEMENANGAN WARISAN+ UNTUK SABAH DAN MALAYSIA

Sejak 12 September 2020, saya telah berkampung di Sri Tanjong, Sabah sempena dengan Pilihanraya Negeri Sabah ke-15, 2020.

Pada kali ini, pasukan saya ditugaskan untuk membantu calon Warisan+/DAP di N69 Sri Tanjong, saudara Justin Wong. Beliau merupakan seorang anak muda yang berumur 28 tahun dan diangkat menjadi calon bagi Warisan+. Pencalonan beliau melambangkan kepada kecemerlangan Pakatan Harapan & Warisan yang berterusan mengangkat pemimpin-pemimpin muda yang berkaliber sebagai calon pilihanraya.

Setelah seminggu saya membantu beliau, saya dapat melihat kebolehan dan kredibiliti saudara Justin Wong sebagai seorang pemimpin. Banyak perkara saya pelajari daripada beliau dan saya yakin beliau akan menjadi seorang ADUN yang cemerlang untuk rakyat di N69 Sri Tanjong.

Sepanjang saya berada di sini, pasukan saya telah membantu calon dengan menjelajah ke seluruh kawasan DUN Sri Tanjong. Selain itu, pasukan saya juga turut terlibat dengan urusan media bagi calon kita di sini. Saya amat berharap segala usaha kami di sini dapat memenangkan calon kita di N69 Sri Tanjong.

Disamping itu, saya juga turut terlibat dalam ceramah-ceramah bersama-sama dengan calon kita saudara Justin Wong disamping turut disertai oleh pimpinan-pimpinan DAP yang lain seperti saudara Lim Kit Siang, Liew Chin Tong dan saudari Vivian Wong.

Ternyata ceramah-ceramah dan program-program yang kami anjurkan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk tempatan. Sambutan mesra orang Sabah amant mengharukan saya. Semoga sambutan yang baik ini dapat diterjemahkan di atas kertas undi dan memberikan kemenangan kepada Warisan+ dibawah pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal.

Pada hemat saya, pilihanraya negeri pada kali ini merupakan medan terbaik bagi rakyat Sabah untuk benar-benar menolak amalan politik katak yang menyebabkan berlakukanya pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah pada bulan lalu. Kuasa rakyat tidak boleh diperkotak-katikkan oleh kelakuan tercela sesetengah ahli politik yang hanya mementingkan kuasa, pangkat dan wang ringgit.

Mari semua rakyat Sabah, pulang mengundi! Pastikan kalian semua mengundi Warisan+ demi kemakmuran Sabah, negeri di bawah bayu.