Seperti biasa, setiap minggu Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka akan sentiasa menziarahi keluarga-keluarga dan penduduk di Parlimen Kota Melaka yang tidak bernasib baik.
Pada minggu ini, melalui Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka Encik Hairil Anuar Samat dan rakan-rakan Pakatan Harapan yang lain telah menziarahi banyak rumah di sekitar Parlimen Kota Melaka.
Anak istimewa yang tinggal di DUN Telok Mas ini telah dilawati oleh wakil-wakil dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka bagi menyerahkan bantuan yang diperlukan iaitu bantuan alat belajar berjalan. Semoga anak ini dapat berjalan dengan baik tidak lama lagi.


Selain itu, warga-warga emas di sekitar Parlimen Kota Melaka juga tidak dilupakan dan turut diziarahi oleh wakil-wakil Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka dengan menyerahkan bantuan seperti lampin pakai buang, susu dan lain-lain lagi.


Seterusnya, wakil-wakil dari Pusat Khidmat Parlimen Kota Melaka bersama-sama dengan rakan-rakan ARiF Melaka dan Khairat AL-Watohni Kampung Bukit Pegoh juga turut bergotong-royong bagi membina lantai simen di pondok wakaf, Tanah Perkuburan Bukit Pegoh.


Disamping itu, YB Khoo Poay Tiong telah diwakili oleh Encik Hairil Anuar bagi menyerahkan sumbangan susu pekat kepada Pusat Jagaan Kanak-Kanak Harapan dan Pusat Jagaan Kasih Sayang Prasanna. Sumbangan ini telah dimulakan sejak bulan Mei 2020 lagi bagi meringankan beban yang ditanggung oleh penghuni-penghuni di kedua-dua rumah kebajikan ini yang turut terkesan disebabkan oleh penularan wabak Covid-19.


Semoga usaha-usaha ini dapat diteruskan pada hari-hari mendatang dan meringankan beban penduduk-penduduk tidak bernasib baik di Parlimen Kota Melaka.

