Digital Biz @ Kota Melaka (Bahasa)

Digital Biz @ Kota Melaka

Permohonan Ditutup

Digital Biz @ Kota Melaka ialah sebuah program khas untuk peniaga-peniaga kecil di kawasan Kota Melaka. 

Program ini bertujuan membimbing para peniaga meningkatkan penggunaan teknologi digital dalam perniagaan mereka. Inisiatif ini penting untuk meningkatkan daya saing perniagaan-perniagaan kecil dalam era digital ini.

Contoh: membuka gerai online, pemasaran digital, sistem bayaran online, beli dan hantar (buy and delivery), penggunaan platform perkhidmatan sedia ada.

Individu atau peniaga yang dipilih akan menerima khidmat konsultasi dan bimbingan (coaching) berdasarkan keperluan masing-masing. Khidmat bimbingan akan disampaikan oleh pakar-pakar dalam bidang perniagaan digital dan adalah percuma.

Individu yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui borang permohonan di bawah.

Tarikh tutup permohonan ialah 26 Julai 2020.

 Inisiatif ini dianjurkan oleh pejabat Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Khoo Poay Tiong.

Syarat-syarat

  1. Terbuka kepada individu atau peniaga kecil/mikro yang beralamat di kawasan parlimen Kota Melaka sahaja (mengikut kad pengenalan atau tempat berniaga).
  2. Jualan tahunan kurang daripada RM300,000 , ATAU bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.
  3. Pemohon perlu menghuraikan ciri-ciri perniagaan seperti dalam borang permohonan. Maklumat tersebut adalah penting supaya khidmat bimbingan boleh dirancang secara spesifik dan bersesuaian dengan ciri-ciri perniagaan tersebut.
  4. Tarikh tutup permohonan: 26 Julai 2020. Permohonan boleh dibuat melalui borang permohnan di bawah.
  5. Hanya pemohon yang terpilih akan dihubungi. Pemilihan adalah berdasarkan kesesuaian perniagaan dan aspek-aspek teknikal.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: email kotamelakacomm@gmail.com atau 011-56324288 (Whatsapp sahaja)

Borang Permohonan