KOTA MELAKA 11 FEB – Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka bersama-sama dengan syarikat Boost dan MPKK Bukit Tempurung telah turun padang ke pasar malam Rumah Awam Bandar Hilir bagi mempromosikan pendaftaran eTunai kepada penduduk setempat.

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka yang diketuai oleh Encik Hairil Anuar berkerjasama dengan pihak Boost bagi mempromosikan program eTunai yang dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia dengan mengedarkan risalah mengenai eTunai selain turut memberikan penerangan mengenai cara penggunaan eTunai ini.
Sambutan amat menggalakkan telah diterima dengan banyak pendaftaran eTunai baharu telah berjaya dilakukan yang memberikan manfaat kepada penduduk di kawasan Rumah Awam Bandar Hilir terutama sekali warga emas.


