Masalah Gangguan Bekalan Air Di Melaka Akan Ditangani Sebaik Mungkin

Melaka sedang mengalami masalah gangguan bekalan air serta tidak dapat dinafikan lagi implikasinya banyak menggugat urusan harian rakyat dan industri.

Di Melaka terdapat 3 empangan utama yang menyimpan dan merawat bekalan air mentah sebelum disalurkan kepada para pengguna. Empangan Durian Tunggal di Alor Gajah, Empangan Jus dan Empangan Asahan di Jasin.

Tahun 2019 sudah semestinya suatu tahun yang buruk bagi ramai penduduk Melaka terutama sekali melibatkan hal cuaca yang tidak menentu. Kita sudah melalui fasa cuaca panas dan purata air hujan yang paling rendah sejak 10 tahun terakhir ini. Disebabkan oleh faktor ini, paras air di ketiga-tiga empangan ini sudah mencecah paras bahaya. Contohnya, paras air di Empangan Durian Tunggal sudah berada pada paras 36%. Proses catuan air sudah mula dilaksanakan bagi mengelakkan krisis yang lebih besar seperti cuaca panas yang akan berlangsung sehingga bulan Mac 2020.

Sehingga ke hari ini hanya terdapat 3 buah empangan yang membekalkan air ke seluruh negeri Melaka iaitu Empangan Durian Tunggal, Empangan Jus dan Empangan Asahan yang terakhir sekali dibina pada tahun 2002. Pada tahun 2004, pihak SAMB pernah memaklumkan kepada Kerajaan Negeri berkenaan keperluan membina sebuah empangan baru bagi menampung bekalan air yang mencukupi.

Pada tahun 2010 sewaktu saya menjadi ADUN Ayer Keroh, saya pernah membangkitkan masalah ini di Dewan Undangan Negeri Melaka. Namun yang demikian, hanya pada tahun 2012 Kerajaan Negeri Melaka di bawah pemerintahan Barisan Nasional bersetuju untuk membina sebuah empangan yang baharu iaitu Empangan Jernih di Alor Gajah. Malangnya pada tahun 2016, projek tersebut telah dibatalkan disebabkan oleh pertukaran polisi oleh Kerajaan Negeri.

Pada Ogos 2018, selepas Pakatan Harapan memegang tampuk pemerintahan di peringkat negeri dan Persekutuan, saya segera mengatur mesyuarat di Parlimen di antara SAMB, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi membincangkan mengenai pembinaan sebuah empangan yang baharu. Hasilnya semua pihak bersependapat untuk meneruskan projek Empangan Jernih kerana keperluannya yang begitu mendesak. Projek ini dianggarkan bernilai RM 168 juta dan dijangkakan siap sepenuhnya sekitar tahun 2023. Saya ama berharap projek ini dapat menangani masalah gangguan air buat jangka masa panjang.

Bagi mengatasi gangguan bekalan air buat masa yang terdekat ini, Kerajaan Negeri Melaka akan terus memantau keadaan semasa dan mengambil sebarang langkah yang berkaitan jika diperlukan. Selain itu, jika hujan turun dengan lebatnya bagi minggu-minggu yang berikutnya maka kita akan dapat memberhentikan catuan air yang sedang dijalankan. Jika tiada sebarang perkembangan yang dapat membantu kita menangani masalah ini, maka kita sudah bersedia untuk menggunakan alternatif lain bagi menangani masalah ini seperti mendapatkan bekalan air dari negeri-negeri jiran seperti Negeri Sembilan dan Johor. Namun yang demikian, ini semua merupakan penyelesaian jangka masa pendek bagi masalah ini. Apa yang mustahak sudah semestinya sebuah empanagan yang baharu.

Ramai pihak mempersoalkan mengapa bekalan air masih lagi tidak lancar sedangkan hujan turun dengan lebatnya sehingga menyebabkan berlakunya banjir kilat. Pertama sekali, kita perlu mengenal pasti tempat yang mengalami hujan. Empangan-empangan kita hanya terletak di Alor Gajah dan Jasin. Hujan lebat di kawasan Melaka Tengah tidak meningkatkan paras air di kawasan-kawasan empangan. Kedua, kita juga perlu mengetahui jumlah purata air hujan bagi tempoh yang tertentu untuk mendapat gambaran yang sebenar mengenai isu ini. Secara purata, jumlah air hujan yang diterima di kawasan Alor Gajah dan Jasin adalah lebih rendah berbanding kawasan Melaka Tengah.