Usaha SPR amat menggalakkan

PUTRAJAYA, 22 JAN- Usaha dan gerak kerja Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bagi memastikan pilihanraya yang adil dan saksama dapat dijalankan adalah amat positif.

YB Khoo Poay Tiong yang merupakan ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pilihan Raya telah menghadiri lawatan ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya pagi tadi bersama-sama dengan ahli-ahli jawatankuasa yang lain bagi membincangkan isu-isu berkaitan dengan reformasi pilihanraya.

Yb Khoo Poay Tiong dan ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pilihan Raya mendengar penerangan yang dilakukan oleh Pengerusi Suruhanya Pilihanraya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun.

Kata Khoo Poay Tiong  “Reformasi pilihanraya merupakan salah satu aspek penting ke arah pembentukan sistem pilihanraya yang adil dan saksama”.

Tambah Khoo lagi Parlimen Malaysia perlu menjadi kerangka utama bagi memantau langkah kerja yang telah dijalankan oleh SPR sejak tahun 2018 bagi memastikan semangat bipartisan dapat terus diperkukuhkan.

Ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pilihan Raya sempat bergamabr bersama dengan Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun dan pegawai-pegawai SPR yang terlibat

Pada sesi tersebut Pengerusi SPR, Datuk Azhar menjelaskan dua elemen penting yang amat ditekankan oleh SPR iaitu ketelusan yang melibatkan lebih banyak serampang dua mata antara rakyat bersama dengan pihak-pihak yang berkepentingan.

Selain itu, Datuk Azhar juga turut menetapkan keberkesanan sebagai elemen yang diutamakan oleh SPR bagi membentuk sebuah pilihanraya yang lancar dan memudahkan para pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Antara pencapaian SPR sejak dua tahun kebelakangan ini adalah seperti pendaftaran pengundi melalui talian internet serta pengenalan kad pengundi yang diperkenalkan sewaktu Pilihanraya Kecil Parlimen Kimanis yang lepas telah dimanfaatkan oleh  29,654 pengundi.

“Setelah meneliti senarai pencapaian SPR sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pujian perlu diberikan kepada Pengerusi SPR, Datuk Azhar dan tenaga kerja SPR yang lain kerana berjaya merangka pelbagai pelan bagi melahirkan sebuah sistem pilihanraya yang lebih adil, saksama dan efisien” kata Khoo Poay Tiong selepas sesi lawatan dijalankan.

Lawatan kerja ke ibu pejabat SPR ini diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pilihan Raya dan Ahli Parlimen Ledang, YB  Tuan Syed Ibrahim Bin Syed Noh.