Pertanyaan: Penstrukturan Semula Akaun KWSP

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG (KOTA MELAKA)

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG ( KOTA MELAKA ) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :
(a) jumlah pencarum KWSP yang memindahkan caruman dari Akaun 1 ke Akaun 3, jumlah pencarum dan caruman yang telah dikeluarkan dari Akaun 3 setakat ini; dan
(b) strategi jangka panjang untuk memastikan pelaburan KWSP tidak terjejas ekoran penstrukturan semula akaun KWSP.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, tujuan utama Penstrukturan Semula Akaun KWSP dibuat adalah untuk memastikan kesejahteraan kewangan semasa persaraan yang lebih mapan dan pada masa yang sama mengimbangi keperluan semasa ahli. Inisiatif ini juga dapat membantu meningkatkan simpanan persaraan ahli supaya mereka mempunyai pendapatan persaraan yang mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan mereka kelak.

Setakat 10 Jun 2024, sejumlah 3.45 juta ahli KWSP telah membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan di dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan daripada Akaun Sejahtera (sebelumnya Akaun 2) sebanyak RM10.86 bilion. Manakala jumlah ahli yang telah membuat pengeluaran melalui Akaun Fleksibel adalah seramai 2.93 juta di mana ia melibatkan jumlah pengeluaran RM6.98 bilion.

KWSP adalah sebuah dana persaraan jangka panjang yang bertujuan untuk melindung dan menambah nilai simpanan ahli melalui pengisytiharan kadar dividen yang stabil dan mampan.

Bagi memastikan KWSP boleh mencapai objektif pelaburan tersebut, pelaburan KWSP adalah berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA) yang mengalokasikan aset secara optimal dengan mengambil kira had toleransi risiko KWSP sebagai sebuah dana simpanan persaraan.

SAA ini dikaji semula secara berkala bagi memastikan jangkaan pulangan dan risiko adalah relevan dengan keadaan pasaran modal semasa serta sebarang perubahan polisi, regulatori, perakaunan dan profil aset-liabiliti KWSP. Antara pertimbangan yang akan dikaji adalah profil kecairan portfolio pelaburan serta alokasi kepada baki tunai bagi mengambil kira impak daripada penstrukturan semula akaun KWSP.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan SAA semasa, KWSP mengalokasikan baki tunai pelaburan pada julat 2% sehingga 6% daripada jumlah aset pelaburan. KWSP menjangkakan bahawa sebahagian besar daripada pengeluaran daripada penstrukturan semula akaun KWSP ini akan boleh ditampung oleh baki tunai semasa serta aliran masuk tunai bersih daripada caruman, kematangan dan pendapatan pelaburan KWSP.

KWSP akan terus mengamalkan pendekatan pelaburan berdisiplin dan pengurusan kecairan yang baik dan berpandukan SAA untuk memastikan portfolio pelaburan KWSP tidak terjejas dengan penstrukturan semula akaun KWSP. Ini dapat memastikan prestasi pelaburan yang kukuh dapat dikekalkan selaras dengan objektif KWSP sebagai sebuah dana persaraan jangka panjang.

Sekian, terima kasih.